- Di sini, kita perlu memasak untuk keluarga kita. Kalau nak makan kat luar, ada juga beberapa kedai halal namun, amat mahal. Contohnya di Ana restaurant, harga nasi gorengnya adalah NZ 14 sepinggan. Amatlah tidak berbaloi.
Bahan mentah untuk memasak
- Untuk mencari bahan- bahan mentah seperti daging halal, kambing dan ayam dan sebagainya, ia tidaklah susah kerana terdapat lebih kurang 5 kedai halal berhampiran. Sosej dan beef/lamb burger juga boleh diperolehi.
- Bahan- bahan masakan seperti rempah ratus amat mudah diperolehi di kedai- kedai seperti Chinatown, Penny Shop dan banyak lagi kedai- kedai Asian Food di Bush Inn. Apa sahaja yang diidam seperti tempe, budu (Cap Saigon, bukan Cap Ketereh), tauhu, taugeh, kucai dan sebagainya boleh diperolehi. Agar- agar / gelatin halal susah diperolehi di samping Sup Bunjut Adabi atau mana- mana jenama juga amatlah sukar. (Boleh bawa dari Malaysia - ringan).
- Makanan- makanan lain boleh dibeli di pasaraya besar seperti PakNSave, Countdown, New World (macam Carrefour di Malaysia). Harga sebuku roti dalam $1.00- $5.00 dan sebotol susu segar 2 liter dalam $3.00- $5.00. Beras Basmati atau Jasmin seberat 5kg dalam $15.00 (bergantung pada jenama).