Monday, December 24, 2007

Siri 06: Peluang Perkerjaan

- Jumlah elaun yang diberi oleh kerajaan Malaysia sebenarnya hanya cukup-cukup sahaja. Contohnya, elaun pelajar postgrad ialah $1193 sebulan, manakala sewa rumahnya adalah dalam anggaran $1o00 dan ke atas sebulan (berdasarkan sewa mingguan $250-$270). Oleh itu, pasangan/ pelajar tersebut sendiri perlu bekerja. Kalau ingin membawa gaji dari Malaysia, ia juga digalakkan kerana kita boleh menfokuskan kepada aktiviti sebagai student dengan lebih baik. Namun, jika nak mencari duit lebih (bagi pasangan), inilah tempatnya.
- Bagi sesiapa yang ingin memohon jawatan temporary tutor, ia agak mudah. Boleh berbincang dengan supervisor masing-masing. Jawatan yang paling ramai memohon dan bekerja ialah cleaner. Untuk mendapat jawatan yang bersesuaian dengan kelulusan amatlah sukar, namun perlu sabar untuk memperolehinya. Macam kita kat Malaysia juga…walaupun kelulusan engineering dari Bangladesh, mungkin kena keja kat Pam Minyak aje kat Malaysia. Begitu jugalah keadaan kita di sini, dengan syarat…tidak memilih pekerjaan. Kadang-kala boleh mendaftar dengan agensi pekerjaan di mana kerja-kerja buruh juga agak banyak. Gaji biasa buruh/cleaner adalah serendah$10.25 sejam dan boleh mencecah $15/jam, mengikut pengalaman dan kerajinan.