Friday, December 21, 2007

Siri 01: Rumah Sewa di Christchurch

Di petik dari webpage clump
Rumah Sewa
- Rumah sewa agak mudah diperolehi di Christchurch dengan sewa antara $250 – 350 seminggu. Di sini bayaran adalah secara mingguan, dan bukannya bulanan.
- Waktu yang paling selesa untuk memilih rumah adalah pada bulan Mei – Jun dan November –Disember. Paling sukar untuk mencari rumah yang bersesuaian pada bulan Jan-Feb kerana Semester baru universiti dan persekolahan biasa akan bermula.
Pada ketika ini, jumlah rumah adalah kurang dan mahal kerana permintaan yang tinggi. Untuk masuk rumah, bayaran bond diperlukan antara 2 – 4 minggu.
- Penyewa perlu mendapatkan iklan/ senarai rumah yang ingin disewa di mana-mana ejen/broker rumah seperti First National, Harcout, In Total Prop Management dan sebagainya. Iklan juga boleh diperolehi di akbar2 seperti The Press, The Star dsbnya. Kadang-kala, iklan juga dimuatkan di laman internet seperti di Trade Me.
-suburb yang berdekatan dengan university of canterbury (around 10-20 min drive) dan mostly student malaysia menyewa adalah ILAM, RICCARTON, UPPER RICCARTON, AVONHEAD, BRYNDWR, SOCKBURN, BURNSIDE
Laman web untuk mendapatkan rumah sewa:-
1) http://www.allrealestate.co.nz/
2)
http://www.cowdy.co.nz/entry.cfm
3)
http://www.wkb.co.nz/
4)
http://www.harcourts.co.nz/
5)
http://www.progressiverealty.co.nz/
6)
http://www.trademe.co.nz/Trade-me-property/index.htm
7)
http://www.raywhite.co.nz/