Friday, December 21, 2007

Siri 04: Persekolahan Anak di Christchurch


Sekolah
- Sekolah kat sini terlalu banyak. Kebiasaan jarak antara satu sekolah dengan satu sekolah yang lain adalah 2-3 km sebuah sekolah. Bilangan murid juga berbeza. Kebiasaannya jumlah murid dalam satu kelas ialah 12 orang, namun bergantung kepada kawasan sekolah tersebut (school area). Kalau sekolah berdekatan dengan universiti, bilangan murid adalah antara 15-20 dalam satu kelas.
- Kat sini, kita tak boleh daftar anak-anak kat mana-mana sekolah yang kita sukai macam kat Malaysia. Sekolah anak mesti berhampiran dengan rumah di mana sewaktu pendaftaran, sekolah akan check, alamat kita. Malah, kadang-kala, guru boleh datang ke rumah untuk menghantar anak kita sekiranya anak kita sakit. Sekolah kat sini juga rajin hantar surat ke rumah kita.
Yuran
- Bayaran yuran juga bergantung kepada sekolah tersebut. Kebiasaannya, jumlah yuran adalah antara $50 – $150 setahun. (Anak pelajar PhD dapat kadar bayaran domestik sebagaimana anak-anak warganegara NZ)
Uniform
- Uniform sekolah adalah berbeza antara satu sekolah dengan sekolah yang lain. Kebiasaannya, anak-anak perlu membeli T-shirt putih dan jumper. Kos uniform ni dalam $30 – $80 sepasang. Untuk cuaca tertentu, ada juga pakaian tertentu seperti cotton skirt yang harganya mencecah $80 – $250 sehelai. Beli kat ofis sekolah atau kedai Postie.
- Kebiasaaannya, pada hujung semester, akan ada jualan uniform terpakai. Boleh dapat dalam $5 sehelai. Kalau pandai jahit, beli kain ela di Spotlight, jahit sendiri ajer.
- Persekolahan anak-anak adalah antara jam 9 pagi – 3 petang. Selepas 3 petang, sekiranya nak hantar anak ke OSCAR (after school program). Sesetengah sekolah menyediakan OSCAR dan ada juga OSCAR di luar kawasan sekolah. Sebagai contoh bayaran OSCAR adalah $12 di St Albans School untuk masa 3-5.30 pm