- Sewaktu mendaftar di universiti, kita perlu mengambil insuran universiti. Untuk keluarga, digalakkan kita memohon insuran keluarga seperti Southern Cross, Uni Care dan sebagainya. Bayaran insuran keluarga ini adalah antara$1000 – $2000 setahun.
- Sewaktu di sini, kita perlu mempunyai doctor keluarga (GP – General practitioner) masing- masing. Caranya ialah pergi ke klinik yang berhampiran dengan rumah kita, dan isi form untuk jadikan doctor tersebut sebagai GP kita. Kat sini, kalau nak x- ray ke, buat blood test ke apa ke.. tak boleh pergi aje. Perlu ada surat dari GP. Kalau nak jumpa GP pun, perlu buat appointment, tak boleh pergi melulu mcm kat Malaysia tu. Kadang- kala sakit hari ni, besok baru boleh berjumpa GP. Perlu banyak bersabar.
- Bayaran GP mahal, begitu juga ubat. Namun, dengan adanya insuran, maka kita boleh claim.
- Anak- anak yang berumur kurang dari 6 tahun adalah percuma. Begitu juga dengan sesiapa yang memegang working permit lebih dari 2 tahun di mana bayarannya adalah minimum kerana mendapat subsidi kerajaan.
- Kos bersalin adalah sangat mahal. Sekiranya bersalin normal, kosnya adalah antara
$3500 – $4000 /baby. Kalau caesarean, kosnya adalah antara$10 – $20 ribu/baby. Insuran tak cover, begitu juga kerajaan Malaysia. Digalakkan juga kalau boleh, kita memilih insuran yang boleh cover kos bersalin. Oleh itu digalakkan bersalin di Malaysia untuk student kerana kos yang agak tinggi. Kalau isteri memegang working permit lebih dari 2 tahun, maka kosnya adalah FOC di mana ia ditanggung oleh kerajaan New Zealand. Namun polisi kerajaan NZ ini cepat berubah dari masa ke semasa.
- Kos pergigian juga amat mahal. Untuk anak- anak yang bersekolah, kosnya adalah percuma di mana kalau anak sakit gigi, boleh call mana- mana klinik pergigian sekolah untuk buat appointment. Kalau orang dewasa, kos mencabut gigi adalah antara$100 – $600 sebatang, bergantung kepada jenis gigi. Check lah gigi sebelum datang ke NZ
- Untuk kos mata, membuat cermin mata juga agak mahal terutamanya anak- anak. Anak- anak yang bersekolah akan diperiksa matanya oleh pegawai kesihatan sekolah, dan sekiranya perlu, mereka dikehendaki memakai cermin mata. Kos cermin mata kanak- kanak adalah antara $600 – $1000. Check lah mata dan buatlah cermin mata sebelum sampai ke sini.