Pengangkutan awam - bas
- Sistem bas agak cekap di mana ia mempunyai system yang teratur/sistematik/tepat dan boleh dipercayai. Bas yang digunakan adalah Metro Bas di mana ia menggunakan kad bayaran (macam touch n go kat Malaysia) ataupun syiling.
- Setiap kali naik bas, tanpa kad, bayaran adalah $2.50. Kalau guna kad, $1.90. Setiap destinasi adalah $2.50 / $1.90 tu. Walaupun hanya 2 minit naik bas, mahupun 30 minit naik bas, bayaran adalah tetap. Tiket valid untuk 2 jam. Contohnya kalau mula naik bas jam 8:00 am, tiket/kad yang berharga $2.50/1.90 itu boleh digunakan dalam masa 2 jam. Oleh itu, kalau naik bas jam 9:59 am, kita tak perlu bayar sebab masih dalam masa yang ditetapkan.
- Kita juga boleh bertukar-tukar bas yang lain kalau perlu ke destinasi yang lain dengan menggunakan tiket yang sama, dengan syarat 2 jam sahaja. Lebih 2 jam, perlu bayar lain.

Kereta
- Majoriti pelajar di sini mempunyai kenderaaan sendiri sama ada kereta atau basikal. Kereta boleh dibeli dengan harga yang agak murah iaitu antara $500 – setakat mampu.
- Budget dalam $1500 – $3000, kita dah mampu dapat kereta yang selesa. Kalau postgrad yang ada keluarga, ini adalah satu keperluan. Jadi, sebelum datang ke sini, sediakan duit untuk membeli kereta.
- Kereta boleh dibeli di “auction” kereta mcm kat Turners Auction (pegang kad dan bid), kat kedai kereta second hand dan juga kat Internet seperti di TradeMe . Insuran kereta adalah optional (tapi, kalau tak de insuran, kalau accident, bayaran mahal sesangat mengalahkan harga beli kereta), manakala road tax bergantung sama ada 6 bulan atau setahun.
- Perlu ingat bahawa, satu seat adalah untuk seorang passenger, manakala anak-anak yang kecil perlu disediakan car seatnya. Kalau tak, polis nampak, kena saman $500. Oleh itu, kalau anak 4, kena beli kereta yang untuk 6 seat atau lebih. Kereta popular di kalangan postgrad sini ialah Honda Odyssey.
- Lesen Malaysia boleh digunapakai sini (valid 1 tahun), tak payah susah-susah ambik International License (valid 1 tahun juga).

