Friday, December 21, 2007

Siri 05: Bank dan Pos

Bank
- Perkara utama bila sampai di sini adalah membuka akaun bank. Nak buka akaun kat sini amat mudah. Perlu tunjukkan passport dan second id seperti kad kredit/driving licence.
- Deposit bank bergantung kepada jenis bank. Kebiasaanya tak perlu. Kalau kat Malaysia, kita guna ATM, kat sini guna Etpos. Hampir semua kedai walaupun kedai ikan menerima etpos (elektronik pos) untuk bayaran. Sebab tu lah, tak hairan kalau kat dalam purse kita takde sebarang duit kerana bayaran adalah menggunakan kad.
- Kad kredit juga mudah untuk memohon, namun tak digalakkan. Service charge bank kat sini agak mahal.
- Namun amat digalakkan kita membuka International Student Account di sini kerana service charge nya agak murah. Service charge ni mcm kalau keluar duit, ada charge, guna etpos ada charge, guna online banking ada charge dan sebagainya. Sebab tu lah, kalau kita buat International Student Account, kadang-kala takde charge-charge macam ni dengan syarat, kadang-kala perlu tunjuk student card/offer letter kat bank time nak apply.
- Antara bank yang menjadi pilihan ialah The National Bank, Kiwi Bank, ANZ Bank dan sebagainya.
Pejabat Pos
- Pejabat pos kat sini macam kat Malaysia jugak, boleh buat aktiviti-aktiviti pos, bayar bil dan juga bayar road tax. Tukar nama untuk urusan jual-beli kereta juga buat di pejabat pos (tak payah ke JPJ).