Monday, January 21, 2008

Siri 00: Persediaan Visa

Update 27/1/2013
Letter of Good Conduct tidak lagi memerlukan 1-2 bulan, tetapi siap serta merta jika anda memohon terus di Wisma Putra, Putrajaya.

Persediaan Awal & Visa
Proses untuk mendapatkan visa bagi Negara New Zealand agak cerewet kerana perlu memenuhi banyak syarat ketika mengisi borang permohonan. Segala info dan borang permohonan boleh di download di website NZ Immigration. Bagi warga Malaysia, cawangan Immigration NZ yang terdekat adalah di Singapura. Berikut adalah alamat cawangan tersebut:
Immigration New Zealand
391A Orchard Road
15-05 Tower A
Ngee Ann City
SINGAPORE 238873
Waktu Urusan: 9:00am to 3:00pm, Monday to Friday
Antara perkara-perkara yang penting sebelum memohon visa adalah:
Jenis Visa
  • Bagi pelajar, visa yang perlu di pohon adalah Student Visa. Manakala bagi anak yang berumur 5 tahun ke atas juga adalah Student Visa bagi membolehkan mereka bersekolah di sini nanti.
  • Bagi spouse yang mengikuti pasangan menyambung PhD keistimewaan di beri kepada mereka untuk memohon Work Visa walaupun tanpa apa-apa tawaran kerja di New Zealand ini. Mereka boleh mencari kerja setelah sampai di NZ nanti. Keistimewaan ini di berikan pada pasangan pelajar PhD sahaja.
  • Selain dari kes-kes di atas perlu memohon Visitor Visa
  • Permit akan di berikan setelah anda sampai di NZ nanti. Permit akan di berikan berdasarkan jenis visa yang anda perolehi di passport anda.
  • Untuk yuran permohonan visa bolehlah merujuk pada website Immigration NZ atau specific pada LINK ini.
Sijil Kelakuan Baik
  • Perlu mendapatkan Sijil Kelakuan Baik (Letter of Good Conduct) dari Wisma Putra untuk di hantar bersama-sama borang permohanan visa anda. Borang tersebut boleh di dapati pada LINK ini
  • Biasanya proses untuk mendapatkan sijil kelakuan baik memakan masa antara 1-2 bulan. Oleh itu anda di nasihatkan memohon sijil ini terlebih dahulu sebelum mengisi borang permohonan visa secara terperinci.
  • Sijil kelakuan baik ini biasanya sah untuk tempoh 6 BULAN sahaja.
Pemeriksaan Kesihatan
  • Salah satu syarat dalam pemohonan visa adalah anda perlu membuat pemeriksaan kesihatan yang agak terperinci di klinik-klinik panel yang telah di iktiraf oleh Immigration NZ.
  • Maklumat lanjut klinik-klinik tersebut boleh di perolehi di website Immigration NZ. Terdapat lebih kurang 63 klinik panel untuk Immigration NZ di seluruh Malaysia.
  • Biasanya anda perlu membuat temujanji terlebih dahulu dengan klinik panel tersebut kerana pemeriksaan visa bagi NZ agak menyeluruh.
  • Medical report hanya valid untuk 3 BULAN sahaja. Oleh itu anda di nasihatkan untuk mendapatkan sijil kelakuan baik dahulu sebelum membuat pemeriksaan doktor.
Afivadit Kewangan
  • Anda perlu mendapatkan surat tawaran biasiswa dari Universiti/KPT dahulu sebagai bukti anda mampu untuk membayar yuran pengajian dan menguruskan hidup sepanjang pengajian anda di NZ ini. Ini juga dalah salah satu syarat di dalam borang permohonan visa.
Agen Visa Di Malaysia
  • Jika anda agak susah atau cerewet untuk memohon visa secara sendiri, anda juga bolehlah mengunakan agen-agen yang menawarkan perkhidmatan untuk permohonan visa ke NZ ini. Berikut adalah maklumat lanjut agen-agen tersebut:
Selset New Zealand Centre Sdn. Bhd

Main Office
No.7 Jalan SS15/7,
Subang Jaya 47500
Selangor Darul Ehsan
Tel: +603 - 56310322/56312028/56313028
Fax: +603 - 56310522
Attn: Miss Siang Y. Chow( 012-3950708 )

Penang
Tel: +603 - 2269322
Attn: Miss Cathy Chow ( 012-4930788 )
Attn: Miss Teh Seang Seang ( 012-4736111 )

Seremban
Tel : +606 - 7631297
Attn: Miss Liew
Attn: Miss May ( 012-3969255 )
Attn: Miss Jane ( 012-2223318 )

Kota Kinabalu
Tel:+6088 724388
Attn: Miss Jenny Lian ( 012-8805005 )
Ketibaan di New Zealand
  • Sebelum memasuki lapangan terbang di NZ, setiap penerbangan dari antarabangsa perlu melalui proses penapisan/kuarantin. Ini bagi mengelakkan anda daripada membawa barang-barang yang tidak di benarkan oleh kerajaan NZ.
  • Barang-barang terlarang biasanya yang berunsurkan haiwan/tumbuhan hidup dan maklumat terperinci boleh di dapati pada LINK ini dan berikut adalah contoh kad ketibaan dalam bahasa Melayu atau English.
  • Namum demikian, barang-barang tersebut sebenarnya boleh di bawa masuk bergantung atas budi bicara pegawai kastam yang memeriksa anda nanti. Oleh itu anda di galakkan untuk mengemas beg pakaian anda sendiri dan sebolehnya asingkan barang-barang makanan dalam satu bagasi dan buat satu list barang-barang makanan tersebut. Ini bagi memudahkan anda membuat declaration nanti semasa pemeriksaan tersebut.

Sopi