Friday, December 21, 2007

Siri 02: Utiliti di Christchurch

Elektrik
- Di sini, apabila kita masuk rumah sewa, kita perlu apply elektrik sendiri. Power provider yang supply elektrik kat Christchurch ni banyak seperti Empower, Meridian, Contact dan sebagainya. Buat masa sekarang, Meridian adalah yang agak murah berbanding dengan provider yang lain. Apply elektrik ini tak de le termasuk wiring sebab semua dah ada (termasuk lampu), cuma bekalan elektrik aje tak de. Cara nak apply macam ni:-
1) Call provider (Biasanya 0800 - tengok kat Yellow book/Tanya kawan)
2) Inform details kita (nama, alamat, dob etc)
3) Inform jenis meter (sama ada satu atau 2 meter ) – kadang kala ada rumah hanya satu meter, manakala ada rumah ada 2 meter. Satu meter ni maksudnya takde pilihan untuk day/night manakala kalau 2 meter, ada pilihan untuk day/night saving.
4) Inform current metre reading (baca aje dari meter)
5) Inform bila nak electrik ni. Kalau nak adhoc pada hari yang sama atau 2-3 hari, kena extra charge dalam $80 dolar. Deposit electrik ni pun dalam $150 .
6) Inform nama kawan dan contact number kawan yang boleh provider call (in case ada prob) - — ini kalau Provider minta le.. kalau tak minta tak perlu inform
- Bil elektrik bulanan adalah antara $80 – $300, bergantung kepada tahap penggunaan. Penggunaan bil yang tinggi adalah untuk air (water heating) dan juga untuk heater dalam bilik/rumah. Jadi berjimat-jimatlah ketika menggunakan air panas dan juga heater untuk panaskan bilik kerana kadang-kala bil boleh mencecah $500 sebulan terutamanya ketika winter.

Air
- Bekalan air adalah di sambung terus dan sebagai penyewa, kosnya adalah FOC. Ini adalah kerana, setiap awal tahun, pemilik rumah sudah dikehendaki membayar kos air nya untuk setahun.. Airnya tidak mempunyai klorin mahupun florida. Airnya adalah mineral semulajadi.
Telefon
- Sama juga macam electrik, kat sini untuk apply line telefon kat rumah, perlu call provider jugak. Antara provider yang agak glamer ialah Telecom, Slingshot atau Vodafone. Kebiasaannya, sewa talian sebulan adalah $40 – $45 dolar manakala untuk internet, bergantung kepada berapa GB (data usage = download dan upload) kita nak. Kebiasaanya, kalau Telecom, untuk datacap 3 GB ialah $40 sebulan manakala kalau SlingShot, datacap untuk 10 GB ialah $25 sebulan. Ini broadband le. Kalau nak dial up, apply aje dengan Kiwi Online di mana sewa adalah $10 sebulan.
- Di sini, kita boleh call local- free of charge guna telefon rumah kita. Local ni maksudnya Christchurch area, Lincoln atau kawasan yang sewaktu dengannya. Kalau nak call Auckland, charge berbeza dikenakan. Kalau local ni, boleh berbual dengan kawan-kawan tanpa rasa ragu-ragu walaupun berapa lama sekalipun kerana FOC. Kalau call Malaysia, gunakan kod tertentu untuk murah. Contohnya kalau nak dial 03-4567892, dial mcm ni : 0-161-603-4567892 . Kos panggilan serendah 3 sen seminit. Boleh juga pakai Kad Telefon (Ratesaver, sama macam iTalk di Malaysia).