
Blog diwujudkan oleh pelajar dan famili postgraduate Malaysia dari University of Canterbury, Lincoln University dan University of Otago (School of Medicine) di Christchurch, New Zealand. Ia bertujuan sebagai satu medium sesama ahli untuk berkongsi pendapat dan juga untuk memberi sedikit informasi kepada mereka yang bercadang untuk menyambung pengajian di Christchurch ini..Selamat datang ke Christchurch!
Friday, May 23, 2008
Thursday, May 22, 2008
PERJUMPAAN DAN SESI TEMUDUGA OLEH UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, DI AUCKLAND

Saudara-saudari ,
Adalah dimaklumkan bahawa Universiti Sains Malaysia adalah dalam rangka lawatan kerja ke New Zealand untuk tujuan mencari calon-calon yang bersesuaian untuk mengisi jawatan staf / skim latihan kakitangan akademik USM/ calon-calon post doctoral /fellowship di institusi mereka .
1.Temuduga Calon RLKA, Post Doktoral dan Fellowship ( Iklan temuduga akan disiarkan dalam Akhbar New Zealand Herald pada 24 Mei atau 25 Mei 2008 )
Temuduga di Auckland akan diadakan di :
Tempat : Rendezvous Hotel, Corner of
Hari /Tarikh : 2 Jun 2008, Isnin, .
Waktu : 9.00 pagi - 4.00 ptg
Temuduga yang akan diadakan ialah:
i. Temuduga untuk calon-calon skim latihan kakitangan akademik USM
ii. Temuduga untuk staf akademik (kontrak)
iii. Temuduga untuk calon-calon post doctoral
iv. Temuduga USM fellowship bagi mereka yang meperolehi CGPA 3.7 ke atas dan ingin melanjutkan pengajian siswazah di USM.
2.Majlis Makan Malam Naib Canselor dengan Felo Rancangan Latihan Kakitangan Akademik (RLKA) USM dan Pelajar Malaysia di Auckland
Tujuan majlis ini adalah untuk:
1. Naib Canselor mendapatkan maklumbalas daripada felo RLKA sekiranya ada perkara-perkara yang hendak mereka sampaikan kepada pihak pengurusan eksekutif USM.
2. Memperkenalkan RLKA USM kepada pelajar-pelajar Malaysia di Auckland.
3. Menjemput pelajar-pelajar
4. Memperkenalkan skim fellowship USM kepada pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pengajian siswazah mereka di USM.
Tarikh : 1 Jun 2008, Ahad,
Jam : 7:00 malam
Tempat : akan dimaklumkan nanti.
Pohon jasabaik saudara-saudari menyebarkan maklumat ini kepada para pelajar yang berminat / terlibat dengan kadar segera. Jasabaik saudara-saudari juga diminta untuk menghebahkan makluman temuduga ini kepada kenalan bukan warganegara
Sila ambil perhatian ; calon-calon yang berminat untuk memohon haruslah merupakan pelajar yang tiada mempunyai sebarang ikatan perjanjian/ tajaan / biasiswa daripada mana-mana agensi bagi mengelakkan sebarang kesulitan sekiranya anda terpilih.
Perhatian dan kerjasama segera saudara-saudari didahului dengan ucapan terima kasih.
Kind Regards
Rose Lina Ismail
EDUCATION ATTACHE
HIGH COMMISSION OF
(
10,
P.O.
GL: 00 64 4 385 2439
DL: 00 64 4 381 2439
FAX: 00 64 4 384 7339
Website: www.msd-nz.co.nz