Saturday, October 16, 2010

Kuliah Maghrib.

Salam semua,

Alhamdulillah, segala puji dan puja hanyalah untuk Allah. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, , keluarganya dan para sahabat.

Insya Allah kuliah Maghrib akan diadakan pada :

Tarikh : 16/10/2010 (Sabtu)
Tempat : Surau Universiti Canterbury
Masa : Selepas Maghrib

Tentatif
- Solat Maghrib
- Kuliah Maghrib - Penyampai Ustaz Ashraf Ayob
- Solat Isya'

Jom kita dengar kuliah ini....

Wednesday, October 13, 2010

Bantuan Pindah Rumah

Salam sejahtera saudara-saudari ahli CLUMP,

Saudara Amril akan berpindah rumah dari St Albans ke Riccarton pada 22hb Oktober ini, dan ingin meminta bantuan kepada sesiapa yang sudi dalam minggu hadapan. Perincian akan diberitahu kemudian. Untuk sesiapa yang belum mengenali, saudara Amril dan isterinya Mimi (Licoln) telah berada di Christchurch selama lebih kurang 6 bulan.

Kepada Mod mailing list, diminta meng'update'kan database dan memasukkan nama-nama ahli-ahli terbaru CLUMP dalam mailing list untuk memudahkan komunikasi.

Sesiapa yang agak-agak mempunyai masa dan kelapangan bolehlah respond kepada post ini.

Terima kasih.

Tuesday, October 12, 2010

Kolokium

Salam sejahtera saya ucapkan kepada semua. Dengan sukacitanya saya forwardkan mail mengenai program kolokium CLUMP yang bakal dilansungkan pada Sabtu 23hb Oktober ini.
__________________________


Assalamualaikum,

Didoakan semoga semua dalam keadaan sihat sejahtera dan dirahmati Allah.

Saya bagi pihak CLUMP bercadang untuk mengadakan satu majlis kolokium (seminar) yang akan disampaikan oleh bekas pelajar dan pelajar senior postgrad Malaysia. Tujuan majlis tersebut adalah sebagai perantara supaya pengalaman mereka yang telah berjaya menamatkan pengajian atau yang hampir menamatkan pengajian dapat dikongsikan bersama. Butiran majlis tersebut adalah seperti berikut:

1) Tarikh : 23 Oktober 2010 (Sabtu)
2) Masa : 9.30 pagi - 1.00 tengahari
3) Tempat : Mix Cafe, UCSA, University of Canterbury
4) Peserta : Semua pelajar (dan keluarga) postgrad Canterbury dan Lincoln dijemput hadir

Secara tentatif, aturcara majlis adalah seperti berikut:

9.30 pagi : Ketibaan para peserta
10.00 pagi : Kata-kata aluan dan sesi pengenalan diri
10.30 pagi : Seminar oleh penceramah utama
11.30 pagi : Dialog dua hala
12.00 tengahari : Makan tengahari (makanan disediakan)
1.00 tengahari : Majlis bersurai

Untuk majlis ini, saya mengalu-alukan kesediaan saudara-saudari yang baru menamatkan pengajian atau yang akan menamatkan pengajian (sedang writing atau tunggu viva) untuk menawarkan diri sebagai penceramah atau sebagai panel bagi majlis dialog dua hala. Sekiranya berminat sila maklumkan kepada saya secepat mungkin. InsyaAllah, cenderahati akan diberikan kepada mereka yang terlibat.

Semoga dengan kehadiran saudara-saudari akan dapat memeriahkan lagi majlis. Akhir sekali, sama-sama kita berdoa agar majlis ini kelak mendapat keredhaanNya, insyaAllah.

Terima kasih

Nurfaizey Abdul Hamid
233 Grahams Road, Chch
(P) 3603036
(HP) 0211865495
nurfaizey@yahoo.com

Saturday, October 9, 2010

Program CLUMP Kids di CIC

Imej: Sesi cerita kisah Nabi Ibrahim yang dikendalikan oleh Ustaz Hasanin

Alhamdulillah, sesi CLUMP Kids pada hari ini dapat dijalankan dengan lancar. Sesi telah dimulakan pada sekitar jam 3 petang dengan kelas mengaji yang dijayakan oleh Pn Rogayah Sebli, dan diteruskan oleh saudara Hasanin untuk sesi mengaji anak-anak lelaki. Selepas solat Asar, majlis diteruskan lagi dengan kisah nabi Ibrahim yang telah disampaikan dalam Bahasa Inggeris oleh saudara Hasanin. Beliau menegaskan kepentingan memahami kisah nabi Ibrahim sebagai mukadimah untuk memahami Eidul Adha yang bakal dirayakan umat Islam selepas sebulan.

Sesi ini disambut dengan baik oleh anak-anak warga CLUMP. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan sesi CLUMP Kids pada hari ini.



Wednesday, October 6, 2010

Kendalian baru



Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada warga Canterbury secara khasnya, dan warga Malaysia di mana-mana secara amnya.

Sukacita di sini saya memaklumkan bahawa website dan kendalian IT CLUMP akan berada di bawah kendalian pengurus IT baru, dan insyaAllah akan mula beroperasi balik setelah sekian lama tidak di'update'.

Jika saudara ada pertanyaan lanjut mengenai Canterbury, saudara dijemput untuk mengajukan pertanyaan saudara ke alamat e-mail berikut: clumpnz@gmail.com . InsyaAllah, pertanyaan saudara akan dijawab dalam masa 48 jam, jika tiada aral melintang.

Salam sejahtera,

Admin