Saturday, November 13, 2010

Seminar Khas

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Didoakan semoga semua dalam keadaan sihat sejahtera dan dirahmati Allah.

Saya bagi pihak Kak Mazwin dan CLUMP ingin menjemput semua untuk hadir ke satu seminar yang akan disampaikan oleh Assoc. Prof. Jamalunlaili Abdullah. Beliau merupakan seorang pensyarah UiTM Shah Alam dan sedang membuat sabbatical di Otago. Butiran mengenai seminar ini adalah seperti dibawah:

Jemputan kepada semua ahli CLUMP dan pelajar-pelajar Malaysia di Christchurch

Date & Time: Sunday 14th Nov 3 – 5 pm

Venue: Bilik 406 (The Jobberns Room) Tingkat 4 Dept. of Geography, Uni of Canterbury

Event: Talk by Assoc Prof. Jamalunlaili Abdullah

Faculty of Architecture, Planning and Surveying, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam

FROM FATHER TO SON: POLITICAL ECONOMY OF MALAYSIA 1970 – 2010”

Summary:

Tun Abdul Razak became Malaysia 2nd Prime Minister in 1970 after the 1969 race riots and implemented the affirmative action New Economic Policy which favored the Malays in order to restructure the society. NEP became the cornerstone of Malaysian economic development policies ever since. He died in office in 1976.

Tun Mahathir Mohamad propelled Malaysia into modernization as Malaysian fourth and longest serving Prime Minister from 1981 until 2003. However, under his regime, Malaysian impressive economic growth was accompanied by accusations of authoritanism, money politics, cronyism and wastage . In 2009, Najib Razak, the eldest son of Tun Abdul Razak, became the 6th prime Minister and is working hard to implement his New Economic Model (NEM) which some argue runs counter to his father's NEP. This seminar explores the political economy of Malaysia during the four decades period and analyzes NEM in relation to NEP in determining the future political economy of Malaysia.

Majlis insyaAllah akan diakhiri dengan jamuan ringan secara 'potluck'.

Semoga dengan kehadiran semua akan dapat memeriahkan lagi majlis.

Terima kasih

Nurfaizey Abdul Hamid

233 Grahams Road, Chch

(P) 3603036

(HP) 0211865495

nurfaizey@yahoo.com

Wednesday, November 3, 2010

Rehlah di The Groynes

Pemandangan di The Groynes Park

Sempena sambutan cuti Hari Pekerja pada 25hb Oktober 2010 yang lalu, Malaysian Postgrads and Families telah mengambil kesempatan mengadakan satu aktiviti riadah bersama keluarga iaitu piknik dan barbeques di The Groynes, yang terletak 9 km di Utara Barat Christchurch. Pada keseluruhannya, aktiviti yang disertai lebih kurang 50 orang ahli serta ahli keluarga ini dijalankan secara ringkas dan sederhana, tetapi ia telah mencapai matlamat dimana setiap ahli dapat berkenalan dengan lebih dekat lagi antara satu sama lain. Di samping itu telah dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli serta keluarga.

Antara hidangan yang disediakan

Anak-anak bersuka-ria di tepi sungai

Kaum bapa bersantai kepenatan
(Report credit to Pn Siti Salmah)