Wednesday, January 19, 2011

Backyard Summer Camp 2011



Pada 15 - 16 Januari, program Backyard Summer Camp 2011 telah dapat dijalankan dengan bantuan En. Faizey sekeluarga, bertempat di rumah beliau di 233, Grahams Road. Para perserta terdiri daripada anak-anak warga CLUMP dari sekitar bandar Christchurch. Program ini bertujuan untuk memberikan anak-anak warga CLUMP merapatkan hubungan silaturrahim di antara mereka, di samping memberikan aktiviti yang seronok, sesuai dengan musim panas di negara Kiwi ini.

Keadaan cuaca yang pada mulanya cerah telah bertukar menjadi mendung dan berangin kencang pada petang hari, dan angin kuat ini berterusan hingga ke besok harinya. Namun begitu, ini tidak melemahkan semangat para peserta untuk terus berjuang.


Hidangan makanan yang disediakan juga amatlah menyelarakan, dan boleh dianggap melebihi piawaian perkhemahan yang 'standard'. Inilah rezeki yang telah disajikan oleh tuan rumah sekeluarga.

InsyaAllah, program sebegini akan diadakan lagi pada waktu yang terdekat, sebelum cuaca bertukar ke musim luruh.












Wednesday, January 12, 2011

Kedatangan warga CLUMP paling kecil

Salam sejahtera semua,
Di sini kami ingin berkongsi berita gembira bahawa Cik Mat dan Mashitoh telah dikurniakan seorang putera yang diberikan nama Muadz. Kami warga CLUMP semua mengucapkan tahniah kepada Mat sekeluarga, dan moga Muadz membesar menjadi anak yang soleh dunia akhirat, InsyaAllah.

Mat dan Mashitoh boleh diziarahi di rumah mereka di Grahams Road.

Disertakan gambar si kecil.