Monday, February 28, 2011

PENGUMUMAN: Perjumpaan dengan Kelab Putra 1Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

DImaklumkan bahawa satu perjumpaan bersama Kelab Putra 1Malaysia akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 3 Mac 2010 (Khamis)
Masa : 2.00 petang
Tepmat: CIC

Semua warga CLUMP adalah dijemput hadir bersama.

Sekian, terima kasih

Admin

PENGUMUMAN: Rombongan Putra UMNO akan tiba di Chch

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman, satu rombongan Putra UMNO bersama wartawan dijangka tiba di Christchurch pada tarikh 2 Mac 2011 (Rabu).

Sekian,

Admin

Friday, February 25, 2011

TERKINI: Bilik Operasi MSD/HiCom

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Maklumat terkini bilik operasi:

Bilik Operasi Gempa Bumi Christchurch Apollo Motel (Bilik 9)
288 Riccarton Road, Christchurch
Telefon: +64-3-348 8786Faks: +64-3- 343 3625"

Sekian, terima kasih

Admin

Thursday, February 24, 2011

Perincian Bantuan Kecemasan Gempa Christchurch 22 Feb 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pihak CLUMP telah menerima maklumat perincian dari Dr. Rosli mengenai bantuan yang akan diberikan oleh pihak MSD/HiCom yang telah disebut sebelum ini. Perinican adalah seperti berikut:

- Bantuan kecemasan akan diberikan kepada semua pelajar post graduate Malaysia yang terjejas dengan gempa bumi di Christchurch.

- Had nilai bantuan kecemasan adalah seperti berikut:
- Pelajar berkeluarga diberikan bantuan kecemasan bernilai sehingga NZD100.00; dan
- Pelajar bujang diberikan bantuan kecemasan bernilai sehingga NZD30.00.

Sekian, terima kasih

Admin

Wednesday, February 23, 2011

New Facebook account

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Just to let you guys know that I have created a new FB page for CLUMP. Hope you all can add Clump New Zealand as your friend.

Thanks,

Admin

Bilik Operasi MSD/High Com di Christchurch

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Makluman terkini:

Bilik operasi kini berada di

Bilik 123,
Riccarton VIllage Inn
Mandeville Street, RIccarton

Sekian, terima kasih

Emergency Rationing Procedures

Salam sejahtera semua.

Setelah berbincang dengan Dr Rosli, telah dipersetujui supaya setiap keluarga CLUMP dapat membeli bekalan keperluan masing-masing, dan membuat tuntutan pada tarikh yang akan ditentukan kemudian. Sila simpan resit pembelian. Butiran adalah seperti berikut:

1) Ceiling expenditure setiap keluarga = NZD100 seminggu.
2) List barang-barang yang boleh dibuat tuntutan adalah seperti di bawah:

- Beras
- Garam
- Gula
- Susu / susu tepung
- Tepung
- Roti
- Telur
- Pasta (Spaghetti etc)
- Ayam
- Daging
- Air Mineral/minum
- Biskut
- Diapers/Nappies
- Makanan tin
- Minyak masak
- Gas masakan
- Sabun & toothpaste
- Panadol
- First Aid items


Diminta warga CLUMP mengikut list ini supaya dapat memudahkan proses tuntutan.

Terima kasih.

Bilik Gerakan Sementara Operasi MSD/Hi-Com

Salam semua,

Dimaklumkan Dr Rosli dan beberapa pegawai kedutaan kini berada di Christchurch, dan pada ketika ini sehingga diberitahu kelak, berada di bilik gerakan sementara di alamat berikut:

21 Leslie Hills Drive
Riccarton
Christchurch

Diminta semua warga CLUMP dan juga warga Malaysia di Christchurch dapat memberi apa-apa maklumat yang berkenaan kepada Dr Rosli di 021 868801. Diminta memastikan kesalamatan jiran-jiran dan rakan masing-masing di masa yang susah ini. Pastikan anda mempunyai stok makanan dan air yang mencukupi.

Tuesday, February 22, 2011

GEMPA 22 FEB 2011 DI CHRISTCHURCH


12.57 tengah hari, bandar Christchurch lagi sekali dilanda gempa yang besar, magnitud 6.3, tetapi kesannya lebih dahsyat kerana lokasi epicentrenya hanya 5km dari permukaan. Setakat ini telah disahkan 65 orang maut. Jumlah itu dijangka akan meningkat.

Setakat yang dilaporkan, tiada kemalangan di kalangan warga CLUMP, tetapi kami akan tetap mengawasi keadaan. Jika sesiapa ada persoalan atau ingin melaporkan diri supaya kami dapat memberi laporan tepat kepada Dr Rosli MSD, sila hubungi saya (Abdullah) di 022 6599682, atau saudara pengerusi Nurfaizey di 0211865495 ataupun 033603036 (rumah).