Thursday, June 13, 2013

Piala Persahabatan MPAC vs KUC


Ulasan



 
Perlawanan berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada MPAC 8, KUC 6.
90’
Separuh masa kedua tamat.
90’
Cubaan terakhir dari KUC mudah dipatahkan oleh kekebalan Hisham. KUC terpaksa akur akan kehebatan penjaga gol MPAC. Segala usaha sudah dilakukan namun, masih gagal menewaskan Hisham. Andai MPAC menang perlawanan ini, Hisham lah yang harus diucapkan terima kasih.
88’
Cubaan KUC dipatahkan lagi oleh Hisham. Kali ini cubaan oleh pemain tengah KUC berjaya ditepis keluar oleh Hisham.  
82’
Cubaan KUC dipatahkan. KUC cuba sekali lagi melakukan hantaran2 tinggi untuk menewaskan Hisham namun kali ini beliau lebih bersedia. Lompatan ala “scorpion” seperti penjaga gol Higuita dibuat oleh Hisham untuk mematahkan serangan udara KUC. Cumanya beliau menggunakan tangan bukannya kaki untuk menolak keluar bola itu.
80’
Gol! MPAC 8, KUC 6. Arif sekali lagi menanduk masuk hasil dari hantaran lintang oleh Aiman dari sebelah kanan MPAC. Akhirnya, KUC berjaya menemui sentuhan yang mampu menundukkan Hisham iaitu sepakan tinggi.
70’
Cubaan KUC dipatahkan sekali lagi oleh Hisham. MPAC menarik nafas lega. Jelas kelihatan perasaan hampa oleh KUC.
68’
Cubaan KUC dipatahkan. KUC bekerja keras untuk mendapatkan gol namun berjaya dihalang oleh Hisham.
65’
Gol! MPAC 8, KUC 5. Arif berjaya menanduk masuk hantaran lintang dari Aiman. Hisham tewas untuk pertama kali.
60’
Cubaan pertama dari MPAC oleh Saiful tersasar. KUC menarik nafas lega.
53’
Cubaan KUC dipatahkan. Serangan bertali arus oleh KUC mengucar kacirkan pertahanan MPAC namun ia tidak mampu menewaskan Hisham, si penjaga gawang.
50’
Cubaan KUC berjaya dipatahkan oleh Hisham sekali lagi. Kali ini menggunakan kaki beliau pula.
45’
KUC melancarkan cubaan pertama dari luar kotak penalti namun berjaya dipatahkan oleh Hisham dgn sebelah tangan.
45’
MPAC mengubah taktik dgn membariskan muka baru: GK: Hisham, DEF: Iqbal – Azlan – Syafiq, MID: Mi – Odi – Ayie, ATT: Saiful – Mizi.
45’
Separuh masa kedua bermula.
 
Rehat
45’
Separuh masa pertama tamat dengan kedudukan MPAC 8, KUC 4.
45’
Gol! MPAC 8, KUC 4. Mizi akhirnya berjaya menjaringkan gol setelah dilanda kemarau gol. Mizi berjaya menolak masuk bola setelah percubaan awal oleh Mi gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol KUC. Tanda lega jelas kelihatan di muka Mizi setelah hampir ~800 minit tanpa gol. Satu jangkamasa yang agak lama namun, sikap tidak putus asa Mizi akhirnya membuahkan hasil. Senyumannya kini boleh dikatakan dari telingan kiri ke telinga kanan.
44’
Cubaan dari MPAC. Sepakan separa gunting oleh Mizi gagal menepati sasaran dari jarak 6 kaki. Lorongan bola yang cantik kepada Mizi hasil dari larian kemas dari sebelah kiri oleh Azlan berjaya menewaskan 2 pertahanan KUC namun kawalan yang kurang kemas Mizi gagal untuk memberikan gol kepada MPAC.
43’
Gol! MPAC 7, KUC 4. Iqbal cuba menaikkan semangat rakan2 dgn menghasilkan jaringan cantik dari sebelah kanan hasil dari kelekaan pertahanan MPAC.
38’
Gol! MPAC 7, KUC 3. Azlan sekali lagi menjadi pemusnah kepada KUC. Hantaran ke belakang oleh pertahanan KUC dipintas oleh Azlan dan terus menjaringkan gol setelah menewaskan penjaga gol serta pertahanan tengah KUC. MPAC berpesta gol sekali lagi.
36’
Gol! MPAC 6, KUC 3. Keme berjaya menjaringkan gol walaupun sepakannya agak lemah. Namun penjaga gol seolah2 tertipu dgn sepakan tersebut dan hanya mampu menepuk dahi dan cuba menyalahkan bahagian pertahanan. Hatrik ke-dua oleh pasukan MPAC.
31’
Cubaan menarik dari KUC berjaya dipatahkan oleh Saiful. Pertahanan MPAC terpaksa bekerja keras untuk mematahkan serangn bertali arus dari KUC.
28’
Gol! MPAC 5, KUC 3. Acai meledakkan sepakan dari kaki kanan menerjah terus ke gawang MPAC tanpa Saiful mampu berbuat apa2.
27’
Tendangan sudut, KUC. KUC melancarkan serang balas.
24’
Gol! MPAC 5, KUC 2. Gol yang cantik hasil daripada kawalan bola yang cantik dari Azlan menggunakan kaki kiri diikuti lambungan bola ke arah gol menggunakan kaki kanan melepasi jangkauan penjaga gol KUC terus masuk ke gawang. Jaringan hatrik yang cantik. KUC terus terpaku.
22’
Tendangan sudut, MPAC. MPAC banyak melakukan serangan dari sebelah kiri dengan larian2 serta hantaran cantik yang memaksa pertahanan KUC bekerja keras dlm memastikan gawang mereka tidak dibolosi.
19’
Gol! MPAC 4, KUC 2. Lorongan cantik oleh Keme disambut kemas oleh Azlan dan terus meledakkan sepakan deras ke arah gol tanpa mampu ditolak keluar oleh penjaga gol KUC.
17’
Gol! MPAC 3, KUC 2. Iqbal berjaya merapatkan jurang. Serangan bertali arus oleh KUC membuahkan hasil.
16’
Cubaan dari penyerang KUC berjaya ditampan kemas oleh Saiful.
12’
Gol! MPAC 3, KUC 1. Jaringan ke-dua dari Keme hasil lorongan bola oleh Ideen. Rembatan Keme tepat ke arah penjuru kanan gawang KUC. Pertahanan KUC kaku dan dilihat masih di dalam keadaan “terkejut” oleh gol ke-dua MPAC yang dijaringkan melalui sepakan sudut.
10’
Gol! MPAC 2, KUC 1. Jaringan cantik terus dari sepakan sudut yang di ambil oleh Azlan. Penjaga gol KUC terpaku tanpa mampu menampan kemas bola yang terus menerjah masuk ke gawang.
9’
Tendangan sudut, MPAC. Kawalan cantik dari azlan memaksa pertahanan KUC mengeluarkan bola dari kawasan merbahaya.
7’
Gol! MPAC 1, KUC 1. Serang balas yang berkisar dari kawasan tengah membuahkan hasil. Kawalan kemas Ideen di bahagian tengah diikuti penyudah yang cantik dari Keme.
4’
Gol! MPAC 0, KUC 1. Jaringan cantik dari penyerang sensasi KUC (Ayie) dari keadaan kucar kacir dalam petak penalty MPAC. 
3’
Foul – terjahan keras oleh pertahanan tengah MPAC (mi) di luar petak penalty.
1’
Separuh masa pertama bermula
 
MPAC dianggotai oleh GK: saiful, DEF: syafiq – mi – hisham, MID: keme (UG) – rosdi – ideen (UG), ATT: mizi – azlan
 
Kedua-dua pasukan masuk ke padang


Tuesday, April 16, 2013

Keputusan Liga MPAC 2013

Tarikh    : 13 April 2013

Tempat                : Padang, Ilam School

Masa     : 8am – 12:30pm

 

Carta kedudukan Liga MPAC 2013

 
P
W
L
D
GD
PTS
APK
3
2
0
1
2
7
SLM
3
1
0
2
2
5
JBP
3
1
1
1
2
4
LPP
3
0
3
0
- 6
0

 

Keputusan:

 
APK
JBP
LPP
SLM
APK
 
1 - 0
1 - 0
0 - 0
JBP
0 - 1
 
3 - 0
0 - 0
LPP
0 - 1
0 - 3
 
0 - 2
SLM
0 - 0
0 - 0
2 - 0
 

 

Statistik:

Penjaring terbanyak:

Saiful
2
Suhaimi
2
Haziq
2
Azlan
1

 

Pasukan

Asyik2 Pulut Kuning
 
Juadah Berbuka Puasa
 
Lauk Pauk Power
 
Solok Lada Merah
APK
 
JBP
 
LPP
 
SLM
Syafiq (K)
 
Hasanin (K)
 
Madi (K)
 
Amryl (K)
Saiful
 
Nor Azlan
 
Mizi
 
Mie
Rafiel
 
Asri
 
Afiq
 
Haziq
Rosdi
 
Dollah
 
Aizuddin
 
Haneff
Rohul
 
Hisham
 
Shokri
 
Ghazali
Mokhtar
 
 
 
Ari
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Kamil
 
Faizey
 
Mohd Azlan
 
Ferus
Frisco
 
Zuman
 
Izani
 
Wadi
 
 
Husband Vivian
 
Dodi
 
Dino

 

Fakta menarik:

1.       2 pasukan berjaya mengekalkan rekod “clean sheet” iaitu APK (Asyik2 Pulut Kuning) dan SLM (Solok Lada Merah). Kedua2 pasukan juga punyai “goal different” yg sama.

2.       Pasukan LPP (Lauk Pauk Power) pula berjaya mengekalkan rekod tanpa menang sambil mempunyai “goal different” sebanyak -6. Memang lauk pasukan ni.

3.       1 sejarah tercipta dlm kancah bolasepak MPAC, Abg Ghazali turun padang. Beliau berjaya melepasi kawalan ketat Mizi dengan skill lenggok badan ala tarian WakaWaka (Shakira) dan melorongkan bola kpd Suhaimi (aka “cute controller”) utk gol pertama pasukan SLM sewaktu menentang LPP. Jaringan Suhaimi yg kedua mengesahkan lagi ke”lauk”kan pasukan LPP ni.

4.       Ayam tambatan setiap pasukan yg perlu dikawal rapi utk Liga MPAC 2014:

a.       APK        : Mokhtar – sape sangka anak kelahiran Perlis dibesarkan di Kelantan ni pandai main bola. Kawalan bola yg cantik. Boleh gantikan Matyo yg telah berhijrah ke pasukan Johor Darul Takzim.

b.      JBP         : Dollah – Punyai susuk tubuh serta ketinggian ala penyerang2 berbisa dari Liga Eropah. Kalau tidak disebabkan penat dek kena bangun pagi buat susu anak, beliau sudah pasti meledakkan bebrp gol cantik utk pasukan JBP.

c.       LPP         : Aizuddin – Skill dah ada, teknik dh betul cuma nasib tidak menyebelahi beliau. Segala cubaan semua tersasar. Mungkin disebabkan badi nama pasukan ni. Thn depan, pasukan ni kena tukar nama lain kot barulah aizuddin ni menjadi.

d.      SLM       : Ghazali – Turun tanpa dikenali oleh pihak lawan. Gaya mcm lubuk utk pasukan SLM. Tp bila bola berada di kaki beliau, pihak lawan terpaku dgn sentuhan2 menarik (back-heel, the roulette etc) serta gelekan2 yg memukau sampai Mizi pun tewas.

5.       2 penjaga gol mengalami kecederaan; Hasanin dan Abg Shokri.

 

Terima kasih kepada semua yg hadir terutama kepada Ari dan juga kaum wanita sebab sudi memeriahkan suasana Liga ini. Juadah2 yg dibawa pula memang sedap2. Insya-Allah, sekiranya berkesempatan, Liga MPAC akan bersambung lagi. Tungggggggguuuuuuuu

 

Wasalam

Rgds

Biro Sukan MPAC 2013