Thursday, June 13, 2013

Piala Persahabatan MPAC vs KUC


Ulasan



 
Perlawanan berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada MPAC 8, KUC 6.
90’
Separuh masa kedua tamat.
90’
Cubaan terakhir dari KUC mudah dipatahkan oleh kekebalan Hisham. KUC terpaksa akur akan kehebatan penjaga gol MPAC. Segala usaha sudah dilakukan namun, masih gagal menewaskan Hisham. Andai MPAC menang perlawanan ini, Hisham lah yang harus diucapkan terima kasih.
88’
Cubaan KUC dipatahkan lagi oleh Hisham. Kali ini cubaan oleh pemain tengah KUC berjaya ditepis keluar oleh Hisham.  
82’
Cubaan KUC dipatahkan. KUC cuba sekali lagi melakukan hantaran2 tinggi untuk menewaskan Hisham namun kali ini beliau lebih bersedia. Lompatan ala “scorpion” seperti penjaga gol Higuita dibuat oleh Hisham untuk mematahkan serangan udara KUC. Cumanya beliau menggunakan tangan bukannya kaki untuk menolak keluar bola itu.
80’
Gol! MPAC 8, KUC 6. Arif sekali lagi menanduk masuk hasil dari hantaran lintang oleh Aiman dari sebelah kanan MPAC. Akhirnya, KUC berjaya menemui sentuhan yang mampu menundukkan Hisham iaitu sepakan tinggi.
70’
Cubaan KUC dipatahkan sekali lagi oleh Hisham. MPAC menarik nafas lega. Jelas kelihatan perasaan hampa oleh KUC.
68’
Cubaan KUC dipatahkan. KUC bekerja keras untuk mendapatkan gol namun berjaya dihalang oleh Hisham.
65’
Gol! MPAC 8, KUC 5. Arif berjaya menanduk masuk hantaran lintang dari Aiman. Hisham tewas untuk pertama kali.
60’
Cubaan pertama dari MPAC oleh Saiful tersasar. KUC menarik nafas lega.
53’
Cubaan KUC dipatahkan. Serangan bertali arus oleh KUC mengucar kacirkan pertahanan MPAC namun ia tidak mampu menewaskan Hisham, si penjaga gawang.
50’
Cubaan KUC berjaya dipatahkan oleh Hisham sekali lagi. Kali ini menggunakan kaki beliau pula.
45’
KUC melancarkan cubaan pertama dari luar kotak penalti namun berjaya dipatahkan oleh Hisham dgn sebelah tangan.
45’
MPAC mengubah taktik dgn membariskan muka baru: GK: Hisham, DEF: Iqbal – Azlan – Syafiq, MID: Mi – Odi – Ayie, ATT: Saiful – Mizi.
45’
Separuh masa kedua bermula.
 
Rehat
45’
Separuh masa pertama tamat dengan kedudukan MPAC 8, KUC 4.
45’
Gol! MPAC 8, KUC 4. Mizi akhirnya berjaya menjaringkan gol setelah dilanda kemarau gol. Mizi berjaya menolak masuk bola setelah percubaan awal oleh Mi gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol KUC. Tanda lega jelas kelihatan di muka Mizi setelah hampir ~800 minit tanpa gol. Satu jangkamasa yang agak lama namun, sikap tidak putus asa Mizi akhirnya membuahkan hasil. Senyumannya kini boleh dikatakan dari telingan kiri ke telinga kanan.
44’
Cubaan dari MPAC. Sepakan separa gunting oleh Mizi gagal menepati sasaran dari jarak 6 kaki. Lorongan bola yang cantik kepada Mizi hasil dari larian kemas dari sebelah kiri oleh Azlan berjaya menewaskan 2 pertahanan KUC namun kawalan yang kurang kemas Mizi gagal untuk memberikan gol kepada MPAC.
43’
Gol! MPAC 7, KUC 4. Iqbal cuba menaikkan semangat rakan2 dgn menghasilkan jaringan cantik dari sebelah kanan hasil dari kelekaan pertahanan MPAC.
38’
Gol! MPAC 7, KUC 3. Azlan sekali lagi menjadi pemusnah kepada KUC. Hantaran ke belakang oleh pertahanan KUC dipintas oleh Azlan dan terus menjaringkan gol setelah menewaskan penjaga gol serta pertahanan tengah KUC. MPAC berpesta gol sekali lagi.
36’
Gol! MPAC 6, KUC 3. Keme berjaya menjaringkan gol walaupun sepakannya agak lemah. Namun penjaga gol seolah2 tertipu dgn sepakan tersebut dan hanya mampu menepuk dahi dan cuba menyalahkan bahagian pertahanan. Hatrik ke-dua oleh pasukan MPAC.
31’
Cubaan menarik dari KUC berjaya dipatahkan oleh Saiful. Pertahanan MPAC terpaksa bekerja keras untuk mematahkan serangn bertali arus dari KUC.
28’
Gol! MPAC 5, KUC 3. Acai meledakkan sepakan dari kaki kanan menerjah terus ke gawang MPAC tanpa Saiful mampu berbuat apa2.
27’
Tendangan sudut, KUC. KUC melancarkan serang balas.
24’
Gol! MPAC 5, KUC 2. Gol yang cantik hasil daripada kawalan bola yang cantik dari Azlan menggunakan kaki kiri diikuti lambungan bola ke arah gol menggunakan kaki kanan melepasi jangkauan penjaga gol KUC terus masuk ke gawang. Jaringan hatrik yang cantik. KUC terus terpaku.
22’
Tendangan sudut, MPAC. MPAC banyak melakukan serangan dari sebelah kiri dengan larian2 serta hantaran cantik yang memaksa pertahanan KUC bekerja keras dlm memastikan gawang mereka tidak dibolosi.
19’
Gol! MPAC 4, KUC 2. Lorongan cantik oleh Keme disambut kemas oleh Azlan dan terus meledakkan sepakan deras ke arah gol tanpa mampu ditolak keluar oleh penjaga gol KUC.
17’
Gol! MPAC 3, KUC 2. Iqbal berjaya merapatkan jurang. Serangan bertali arus oleh KUC membuahkan hasil.
16’
Cubaan dari penyerang KUC berjaya ditampan kemas oleh Saiful.
12’
Gol! MPAC 3, KUC 1. Jaringan ke-dua dari Keme hasil lorongan bola oleh Ideen. Rembatan Keme tepat ke arah penjuru kanan gawang KUC. Pertahanan KUC kaku dan dilihat masih di dalam keadaan “terkejut” oleh gol ke-dua MPAC yang dijaringkan melalui sepakan sudut.
10’
Gol! MPAC 2, KUC 1. Jaringan cantik terus dari sepakan sudut yang di ambil oleh Azlan. Penjaga gol KUC terpaku tanpa mampu menampan kemas bola yang terus menerjah masuk ke gawang.
9’
Tendangan sudut, MPAC. Kawalan cantik dari azlan memaksa pertahanan KUC mengeluarkan bola dari kawasan merbahaya.
7’
Gol! MPAC 1, KUC 1. Serang balas yang berkisar dari kawasan tengah membuahkan hasil. Kawalan kemas Ideen di bahagian tengah diikuti penyudah yang cantik dari Keme.
4’
Gol! MPAC 0, KUC 1. Jaringan cantik dari penyerang sensasi KUC (Ayie) dari keadaan kucar kacir dalam petak penalty MPAC. 
3’
Foul – terjahan keras oleh pertahanan tengah MPAC (mi) di luar petak penalty.
1’
Separuh masa pertama bermula
 
MPAC dianggotai oleh GK: saiful, DEF: syafiq – mi – hisham, MID: keme (UG) – rosdi – ideen (UG), ATT: mizi – azlan
 
Kedua-dua pasukan masuk ke padang