Thursday, January 31, 2008

Kelahiran HUSNA

Tahniah buat keluarga Fendi sekeluarga di atas kelahiran cahayamata pada 17 Januari 2008 (Khamis) di Christchurch Woman Hospital.

sopi

Monday, January 21, 2008

Siri 00: Persediaan Visa

Update 27/1/2013
Letter of Good Conduct tidak lagi memerlukan 1-2 bulan, tetapi siap serta merta jika anda memohon terus di Wisma Putra, Putrajaya.

Persediaan Awal & Visa
Proses untuk mendapatkan visa bagi Negara New Zealand agak cerewet kerana perlu memenuhi banyak syarat ketika mengisi borang permohonan. Segala info dan borang permohonan boleh di download di website NZ Immigration. Bagi warga Malaysia, cawangan Immigration NZ yang terdekat adalah di Singapura. Berikut adalah alamat cawangan tersebut:
Immigration New Zealand
391A Orchard Road
15-05 Tower A
Ngee Ann City
SINGAPORE 238873
Waktu Urusan: 9:00am to 3:00pm, Monday to Friday
Antara perkara-perkara yang penting sebelum memohon visa adalah:
Jenis Visa
  • Bagi pelajar, visa yang perlu di pohon adalah Student Visa. Manakala bagi anak yang berumur 5 tahun ke atas juga adalah Student Visa bagi membolehkan mereka bersekolah di sini nanti.
  • Bagi spouse yang mengikuti pasangan menyambung PhD keistimewaan di beri kepada mereka untuk memohon Work Visa walaupun tanpa apa-apa tawaran kerja di New Zealand ini. Mereka boleh mencari kerja setelah sampai di NZ nanti. Keistimewaan ini di berikan pada pasangan pelajar PhD sahaja.
  • Selain dari kes-kes di atas perlu memohon Visitor Visa
  • Permit akan di berikan setelah anda sampai di NZ nanti. Permit akan di berikan berdasarkan jenis visa yang anda perolehi di passport anda.
  • Untuk yuran permohonan visa bolehlah merujuk pada website Immigration NZ atau specific pada LINK ini.
Sijil Kelakuan Baik
  • Perlu mendapatkan Sijil Kelakuan Baik (Letter of Good Conduct) dari Wisma Putra untuk di hantar bersama-sama borang permohanan visa anda. Borang tersebut boleh di dapati pada LINK ini
  • Biasanya proses untuk mendapatkan sijil kelakuan baik memakan masa antara 1-2 bulan. Oleh itu anda di nasihatkan memohon sijil ini terlebih dahulu sebelum mengisi borang permohonan visa secara terperinci.
  • Sijil kelakuan baik ini biasanya sah untuk tempoh 6 BULAN sahaja.
Pemeriksaan Kesihatan
  • Salah satu syarat dalam pemohonan visa adalah anda perlu membuat pemeriksaan kesihatan yang agak terperinci di klinik-klinik panel yang telah di iktiraf oleh Immigration NZ.
  • Maklumat lanjut klinik-klinik tersebut boleh di perolehi di website Immigration NZ. Terdapat lebih kurang 63 klinik panel untuk Immigration NZ di seluruh Malaysia.
  • Biasanya anda perlu membuat temujanji terlebih dahulu dengan klinik panel tersebut kerana pemeriksaan visa bagi NZ agak menyeluruh.
  • Medical report hanya valid untuk 3 BULAN sahaja. Oleh itu anda di nasihatkan untuk mendapatkan sijil kelakuan baik dahulu sebelum membuat pemeriksaan doktor.
Afivadit Kewangan
  • Anda perlu mendapatkan surat tawaran biasiswa dari Universiti/KPT dahulu sebagai bukti anda mampu untuk membayar yuran pengajian dan menguruskan hidup sepanjang pengajian anda di NZ ini. Ini juga dalah salah satu syarat di dalam borang permohonan visa.
Agen Visa Di Malaysia
  • Jika anda agak susah atau cerewet untuk memohon visa secara sendiri, anda juga bolehlah mengunakan agen-agen yang menawarkan perkhidmatan untuk permohonan visa ke NZ ini. Berikut adalah maklumat lanjut agen-agen tersebut:
Selset New Zealand Centre Sdn. Bhd

Main Office
No.7 Jalan SS15/7,
Subang Jaya 47500
Selangor Darul Ehsan
Tel: +603 - 56310322/56312028/56313028
Fax: +603 - 56310522
Attn: Miss Siang Y. Chow( 012-3950708 )

Penang
Tel: +603 - 2269322
Attn: Miss Cathy Chow ( 012-4930788 )
Attn: Miss Teh Seang Seang ( 012-4736111 )

Seremban
Tel : +606 - 7631297
Attn: Miss Liew
Attn: Miss May ( 012-3969255 )
Attn: Miss Jane ( 012-2223318 )

Kota Kinabalu
Tel:+6088 724388
Attn: Miss Jenny Lian ( 012-8805005 )
Ketibaan di New Zealand
  • Sebelum memasuki lapangan terbang di NZ, setiap penerbangan dari antarabangsa perlu melalui proses penapisan/kuarantin. Ini bagi mengelakkan anda daripada membawa barang-barang yang tidak di benarkan oleh kerajaan NZ.
  • Barang-barang terlarang biasanya yang berunsurkan haiwan/tumbuhan hidup dan maklumat terperinci boleh di dapati pada LINK ini dan berikut adalah contoh kad ketibaan dalam bahasa Melayu atau English.
  • Namum demikian, barang-barang tersebut sebenarnya boleh di bawa masuk bergantung atas budi bicara pegawai kastam yang memeriksa anda nanti. Oleh itu anda di galakkan untuk mengemas beg pakaian anda sendiri dan sebolehnya asingkan barang-barang makanan dalam satu bagasi dan buat satu list barang-barang makanan tersebut. Ini bagi memudahkan anda membuat declaration nanti semasa pemeriksaan tersebut.

Sopi

Friday, January 18, 2008

Majlis Sambutan Orang Baru di Lincoln

Pada 18hb. January 2008, telah diadakan satu majlis yang memang telah menjadi tradisi di Lincoln untuk menyambut kedatangan keluarga student post-grad yang baru. Majlis yang diadakan secara kecil-kecilan tetapi meriah ini telah diadakan di rumah En. Halim dan Pn. Norhayati di Cresent 18b Lincoln.

Kami di Lincoln dengan berbesar hati menerima kehadiran keluarga Pn. Martini dan suaminya En. Zubir bersama anaknya.Semoga kehadiran beliau akan memeriahkan lagi suasana di Lincoln ini.

Ucapan terimakasih dan tahniah kepada warga Lincoln kerana berjaya menjadikan majlis ini sempurna seadanya.

Sekian.

Abang Halim jadi Host pada kali ini..senyum bang..jangan tak senyum

Kak Yati kita baru sempat makan..sibuk layan tetamu yang baru sampai dan yang lama sampai.

Antara tetamu terhormat yang hadir pada majlis ini.

Orang baru tu yang pakai tudung merah..penat beb, baru sampai.

Hari Keluarga - Lincoln Postgrad Family.

Pada 12hb. January 2008 bersamaan dengan hari Sabtu, kami diLincoln telah menganjurkan Hari Keluarga untuk mereka yang menuntut di Lincoln University.

Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti Explorace University Lincoln, Pertandingan Memasak, Sukaneka untuk kanak-kanak dan dewasa dan paling utamanya mestilah acara makan.

Ucapan terimakasih dan tahniah kepada pihak yang dipertanggung jawabkan kerana berjaya menjadikan Hari Keluarga Lincoln meriah dan sukar dilupakan.

Untuk seterusnya disini ada sedikit gambaran tentang kemeriahan Hari Keluarga Lincoln tersebut, Saksikanlah.....



Para penyokong yang mengambil bahagian.

Dua chef yang dipertanggungjawabkan keatas
makanan yang akan disediakan.

Azim..kao buat apa tu..?



Penerangan dari faslititor jemputan, En.HalimYJ


Apa yang kau merepek ni labu.......


Sedut..dik..jangan tak sedut..

Abang Saadon menunjukkan bakat menulis dipapan putih.

Thursday, January 17, 2008

Sistem Giliran (Menjadi Host)

Giliran
1. Marina
2. Mashitah
3. Nursila
4. Sharifah
5. Natrah
6. Mazwin
7. Zul
8. Ida
* Ahli lama dialu-alukan untuk kembali menjadi Host jika berminat.
Saluran:
Yatt atau sesiapa yang menerima email mengenai bakal datang PostGradbaru perlu menghebahkan maklumat tersebut ke dalam CLUMP Group.Terpulang kepada Yatt atau sesiapa yang menerima email tersebut sama ada berminat menjadi HOST atau ingin menyerahkan kepada sesiapa yang sampai gilirannya untuk jadi Host bagi menguruskannya. Yang penting, perlu hebahkan.
Bakal Postgrad baru dikira confirm akan datang apabila sudah mendapat supervisor atau green light dari KPT mengenai biasiswanya.
Giliran kriteria Host
  • 2 bulan dari tarikh datang sudah layak menjadi Host.
  • Host family akan menjadi Host pada postgrad baru berfamily. Host single untuk Postgrad Single. Mereka yang single parent pula jadi host untuk Postgrad baru single - same gender.
  • Jika giliran sampai, tetapi tak ready dari pelbagai segi, sila maklumkan, dan giliran akan ke Host berikutnya. Namun, apabila sudah ready, perlu masuk Queue teratas untuk menjadi Host
Website
Website perlu dikemaskini dengan maklumat mengenai Sistem Host ini. Antara maklumat yang perlu dimasukkan:
  1. (Button baru)Tradisi Host – semua orang akan mendapat pengalaman menjadi Host. Sistem Queue diguna-pakai.
  2. Penginapan : Host boleh memilih untuk mencadangkan bakal Postgradtersebut menginap di mana-mana Holiday House (Button Penginapan) yang dicadangkan, atau memilih untuk menginap bersama-sama untuk sementara waktu.
  3. (Button Tradisi Host) Kerjasama : Semua Postgrad baru diharap dapat menjaga kebersihan rumah Host (tumpahan minuman/makanan ke atas carpet, kebersihan bilik air, etc) sekiranya menginap di rumah Host memandangkan Host terikat perjanjian dengan Agen. Kos elektrik amat mahal untuk penggunaan water heating dan heater untuk memanaskan bilik. Jadi, diharap semua pihak dapat berjimat cermat.
  4. (Button Tradisi Host)Bagi bakal Postgrad yang mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai, digalakkan memilih Holiday House untuk menginap memandangkan rumah-rumah di sini kebanyakkannya kecil (majority 2 bilik) dan hanya ada 1 bilik air.
  5. (Button Tradisi Host) Tempoh penginapan di rumah Host dicadangkan di antara 1-2 minggu sahaja sementara mencari rumah.
  6. (Button Tradisi Host)Postgrad baru digalakkan mendapat kereta sewa (2-3 hari sewa) sebaik sahaja tiba bagi memudahkan segala urusan (mencari kereta, rumah, etc).
  7. Bagi postgrad baru yang menetap bersama Host, dan tidak menyewa kereta, diharapkan dapat memilih rumah atau kereta secepat mungkin kerana pada bulan-bulan tertentu (Jan-Mac), tidak begitu mudah mendapat yang bersesuaian.
Antara Tugas-tugas Host
  1. Sambut kedatangan postgrad baru di Airport
  2. Membantu mendapatkan kereta sewa (digalakkan)
  3. Membantu mengenalkan suasana kampus, bank dan insuran (jika perlu)
  4. Menasihati urusan mendapatkan kereta dan rumah
  5. Orientation ke tempat2 penting seperti city, produk halal, shopping dan sebagainya.
Ahli-ahli lain digalakkan membantu Host sekiranya mempunyai kelapangan.Menjadi tanggungjawab penting bagi Host untuk menghebahkan kehadiran Postgrad baru di dalam CLUMP group.
Mencari rumah:
ada pendapat mengatakan Ilam Village kurang sesuai untuk keluarga memandangkan persekitaran apartment bercampur dengan student undergrad yang suka party pada hujung minggu dan cuma ada shared/ common garden untuk anak-anak bermain. Maklumat selanjutnya untuk mengesahkan sama ada apartment keluarga diasingkan daripada apartment student single, sila email pada accommodation@canterbury.ac.nz