Giliran
1. Marina
2. Mashitah
3. Nursila
4. Sharifah
5. Natrah
6. Mazwin
7. Zul
8. Ida
* Ahli lama dialu-alukan untuk kembali menjadi Host jika berminat.
Saluran:
Yatt atau sesiapa yang menerima email mengenai bakal datang PostGradbaru perlu menghebahkan maklumat tersebut ke dalam CLUMP Group.Terpulang kepada Yatt atau sesiapa yang menerima email tersebut sama ada berminat menjadi HOST atau ingin menyerahkan kepada sesiapa yang sampai gilirannya untuk jadi Host bagi menguruskannya. Yang penting, perlu hebahkan.
Bakal Postgrad baru dikira confirm akan datang apabila sudah mendapat supervisor atau green light dari KPT mengenai biasiswanya.
Giliran – kriteria Host
- 2 bulan dari tarikh datang sudah layak menjadi Host.
- Host family akan menjadi Host pada postgrad baru berfamily. Host single untuk Postgrad Single. Mereka yang single parent pula jadi host untuk Postgrad baru single - same gender.
- Jika giliran sampai, tetapi tak ready dari pelbagai segi, sila maklumkan, dan giliran akan ke Host berikutnya. Namun, apabila sudah ready, perlu masuk Queue teratas untuk menjadi Host
Website
Website perlu dikemaskini dengan maklumat mengenai Sistem Host ini. Antara maklumat yang perlu dimasukkan:
- (Button baru)Tradisi Host – semua orang akan mendapat pengalaman menjadi Host. Sistem Queue diguna-pakai.
- Penginapan : Host boleh memilih untuk mencadangkan bakal Postgradtersebut menginap di mana-mana Holiday House (Button Penginapan) yang dicadangkan, atau memilih untuk menginap bersama-sama untuk sementara waktu.
- (Button Tradisi Host) Kerjasama : Semua Postgrad baru diharap dapat menjaga kebersihan rumah Host (tumpahan minuman/makanan ke atas carpet, kebersihan bilik air, etc) sekiranya menginap di rumah Host memandangkan Host terikat perjanjian dengan Agen. Kos elektrik amat mahal untuk penggunaan water heating dan heater untuk memanaskan bilik. Jadi, diharap semua pihak dapat berjimat cermat.
- (Button Tradisi Host)Bagi bakal Postgrad yang mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai, digalakkan memilih Holiday House untuk menginap memandangkan rumah-rumah di sini kebanyakkannya kecil (majority 2 bilik) dan hanya ada 1 bilik air.
- (Button Tradisi Host) Tempoh penginapan di rumah Host dicadangkan di antara 1-2 minggu sahaja sementara mencari rumah.
- (Button Tradisi Host)Postgrad baru digalakkan mendapat kereta sewa (2-3 hari sewa) sebaik sahaja tiba bagi memudahkan segala urusan (mencari kereta, rumah, etc).
- Bagi postgrad baru yang menetap bersama Host, dan tidak menyewa kereta, diharapkan dapat memilih rumah atau kereta secepat mungkin kerana pada bulan-bulan tertentu (Jan-Mac), tidak begitu mudah mendapat yang bersesuaian.
Antara Tugas-tugas Host
- Sambut kedatangan postgrad baru di Airport
- Membantu mendapatkan kereta sewa (digalakkan)
- Membantu mengenalkan suasana kampus, bank dan insuran (jika perlu)
- Menasihati urusan mendapatkan kereta dan rumah
- Orientation ke tempat2 penting seperti city, produk halal, shopping dan sebagainya.
Ahli-ahli lain digalakkan membantu Host sekiranya mempunyai kelapangan.Menjadi tanggungjawab penting bagi Host untuk menghebahkan kehadiran Postgrad baru di dalam CLUMP group.
Mencari rumah:
ada pendapat mengatakan Ilam Village kurang sesuai untuk keluarga memandangkan persekitaran apartment bercampur dengan student undergrad yang suka party pada hujung minggu dan cuma ada shared/ common garden untuk anak-anak bermain. Maklumat selanjutnya untuk mengesahkan sama ada apartment keluarga diasingkan daripada apartment student single, sila email pada accommodation@canterbury.ac.nz
No comments:
Post a Comment