Salam sejahtera saya ucapkan kepada semua. Dengan sukacitanya saya forwardkan mail mengenai program kolokium CLUMP yang bakal dilansungkan pada Sabtu 23hb Oktober ini.
__________________________
Assalamualaikum,
Didoakan semoga semua dalam keadaan sihat sejahtera dan dirahmati Allah.
Saya bagi pihak CLUMP bercadang untuk mengadakan satu majlis kolokium (seminar) yang akan disampaikan oleh bekas pelajar dan pelajar senior postgrad Malaysia. Tujuan majlis tersebut adalah sebagai perantara supaya pengalaman mereka yang telah berjaya menamatkan pengajian atau yang hampir menamatkan pengajian dapat dikongsikan bersama. Butiran majlis tersebut adalah seperti berikut:
1) Tarikh : 23 Oktober 2010 (Sabtu)
2) Masa : 9.30 pagi - 1.00 tengahari
3) Tempat : Mix Cafe, UCSA, University of Canterbury
4) Peserta : Semua pelajar (dan keluarga) postgrad Canterbury dan Lincoln dijemput hadir
Secara tentatif, aturcara majlis adalah seperti berikut:
9.30 pagi : Ketibaan para peserta
10.00 pagi : Kata-kata aluan dan sesi pengenalan diri
10.30 pagi : Seminar oleh penceramah utama
11.30 pagi : Dialog dua hala
12.00 tengahari : Makan tengahari (makanan disediakan)
1.00 tengahari : Majlis bersurai
Untuk majlis ini, saya mengalu-alukan kesediaan saudara-saudari yang baru menamatkan pengajian atau yang akan menamatkan pengajian (sedang writing atau tunggu viva) untuk menawarkan diri sebagai penceramah atau sebagai panel bagi majlis dialog dua hala. Sekiranya berminat sila maklumkan kepada saya secepat mungkin. InsyaAllah, cenderahati akan diberikan kepada mereka yang terlibat.
Semoga dengan kehadiran saudara-saudari akan dapat memeriahkan lagi majlis. Akhir sekali, sama-sama kita berdoa agar majlis ini kelak mendapat keredhaanNya, insyaAllah.
Terima kasih
Nurfaizey Abdul Hamid
233 Grahams Road, Chch
(P) 3603036
(HP) 0211865495
nurfaizey@yahoo.com
4 comments:
Look forward to this. Always good to share good knowledge- Mazwin
I would like to propose Dr. Khairuddin Mohamed (USM) and Ms Natrah Saad (UUM) to share their experiences and knowledge. Thanks.
Admin, bukan ke sepatutnya 23 Oktober 2010 (spt dalam email Faizey) dan bukannya 23 Ogos 2010 (kat pengumuman atas)? :)
K Awin - it is indeed a good opportunity. I applaud the committee doing a fine job.
Anonymous 1: I will pass the message to Faizey
Anonymous 2: Noted. Thank you for noticing the error.
Post a Comment