Alhamdulillah, sesi CLUMP Kids pada hari ini dapat dijalankan dengan lancar. Sesi telah dimulakan pada sekitar jam 3 petang dengan kelas mengaji yang dijayakan oleh Pn Rogayah Sebli, dan diteruskan oleh saudara Hasanin untuk sesi mengaji anak-anak lelaki. Selepas solat Asar, majlis diteruskan lagi dengan kisah nabi Ibrahim yang telah disampaikan dalam Bahasa Inggeris oleh saudara Hasanin. Beliau menegaskan kepentingan memahami kisah nabi Ibrahim sebagai mukadimah untuk memahami Eidul Adha yang bakal dirayakan umat Islam selepas sebulan.
Sesi ini disambut dengan baik oleh anak-anak warga CLUMP. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan sesi CLUMP Kids pada hari ini.
2 comments:
Bagus sebab update blog ni. Baru lah ada serinya..
Alhamdulillah, kami buat apa yang kami mampu. Terima kasih untuk komen yang membina ini.
Post a Comment