Tuesday, April 12, 2011

Perjumpaan Pegawai KPT bersama Pelajar Pasca-Siswazah Lincoln University

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Perjumpaan Pegawai KPT bersama Pelajar Pasca Siswazah Lincoln University telah diadakan pada 12 April 2011 (Selasa). Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Setiausaha Bahagian Biasiswa, KPT, En. Zainal Abidin b. Abu Hassan. Pelbagai isu telah dibincangkan dan permasalahan pelajar didengari oleh pegawai=pegawai KPT.

Pegawai-pegawai KPT. Dari kiri: En. Hussin b. Mahmud, En. Zainal Abidin b. Abu Hassan, Dr. Rosli b. Mohammed

Perbincangan bersama pegawai KPT.

Pelajar Pasca Siswazah Lincoln Uni mendengar perbincangan mesyuarat.

Saturday, April 9, 2011

Perjumpaan Bersama Pegawai Bahagian Biasiswa, KPT (Kemaskini)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, Tn. Hj. Hussin, KPSU(K) Unit SLAB, KPT akan mengadakan perjumpaan dengan pelajar-pelajar pasca siswazah University of Canterbury, Lincoln University dan University of Otago (Chch) tajaan KPT. Perincian perjumpaan adalah seperti berikut:

Pelajar Pasca Siswazah UC dan Otago:

Tarikh: 11 April 2011 (Isnin)
Masa: 4.30- 6.30 ptg
Tempat: CIC


Pelajar Pasca Siswazah LU

Tarikh: 12 April 2011 (Selasa)
Masa: 2.00 - 4.00 petang
Tempat: Lincoln University (tempat khusus akan dimaklumkan kelak)

Kehadiran semua pelajar yang berkenaan amatlah diharapkan. Minta tolong disampaikan maklumat ini kepada pelajar pasca siswazah tajaan KPT (yang tidak tersenarai dalam mailing list CLUMP).

Sila sediakan apa-apa cadangan /usul/permohonan tambahan untuk dikemukakan pada hari perjumpaan (beserta dokumen lain yang dijangkakan berkaitan).


Sekian, terima kasih

Admin

** Makanan adalah disediakan bagi perjumpaan di atas.

Sunday, April 3, 2011

Perjumpaan Bersama Pegawai Bahagian Biasiswa, KPT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman tuan/puan, saya telah dimaklumkan bahawa Tn. Hj Hussin b. Mahmud,  Ketua Penolong Setiausaha (Kanan) Unit SLAB, Kementerian Pengajian Tinggi akan mengadakan perjumpaan dengan pelajar-pelajar pasca-siswazah UC dan LU tajaan KPT pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Bagi tujuan tersebut, tuan/puan adalah diminta untuk menyediakan apa-apa usul atau cadangan atau permohonan untuk dikemukakan kepada Tn. Hj. Hussin pada perjumpaan tersebut. Untuk maklumat lanjut tuan/puan boleh lah berhubung terus dengan Dr. Rosli, Pengarah MSD NZ.

Sekian, terima kasih

Admin