Sunday, April 3, 2011

Perjumpaan Bersama Pegawai Bahagian Biasiswa, KPT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman tuan/puan, saya telah dimaklumkan bahawa Tn. Hj Hussin b. Mahmud,  Ketua Penolong Setiausaha (Kanan) Unit SLAB, Kementerian Pengajian Tinggi akan mengadakan perjumpaan dengan pelajar-pelajar pasca-siswazah UC dan LU tajaan KPT pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Bagi tujuan tersebut, tuan/puan adalah diminta untuk menyediakan apa-apa usul atau cadangan atau permohonan untuk dikemukakan kepada Tn. Hj. Hussin pada perjumpaan tersebut. Untuk maklumat lanjut tuan/puan boleh lah berhubung terus dengan Dr. Rosli, Pengarah MSD NZ.

Sekian, terima kasih

Admin

No comments: