HARI KOMUNITI MPAC STRATEGI P.H.D & FAMILY DAY 2014
Tarikh: 15 Mac 2014 (Sabtu)
Masa: 8.30 am - 3.00 pm
Lokasi: Halswell Quarry Park (refer website)
Kami menjemput semua
anggota MPAC dan keluarga untuk hadir dan memeriahkan HARI KOMUNITI MPAC
STRATEGI P.H.D. Program yang julung kali diadakan bersempena dengan
FAMILY DAY tahunan ini adalah merupakan program serampang dua mata dan
membawa sedikit pembaharuan dari segi pengisiannya. Antara objektif
program:
1. Sebagai wadah berkongsi pengalaman dan
teknik-teknik antara para pelajar dan juga anggota keluarga untuk
kemandirian diri dalam menempuh dunia pengajian pasca-siswazah dengan jayanya.
2. Memupuk perpaduan antara warga MPAC sebagai satu komuniti yang akan saling memberikan sokongan di perantauan ini.
Pengisian Program:
8.30 -10.30 am:
Ketibaan & Kata Aluan
Sesi Selari 1 (Sharing Knowledge antara Pelajar PhD)
Sesi Selari 2 (Sharing Knowledge antara Spouse: Life in Chc)
Sesi Selari 3 (Pertandingan Mewarna Kanak-kanak)
Minum Pagi.
11.00 am:
Aktiviti Pemantapan Kendiri
Pencarian Harta Karun & Permainan Tradisional
Sukaneka Kanak-kanak
1.00 pm:
Jamuan.
2.00 pm:
Mentor-Mentee
Ucapan Penutup dan Penyampaian Hadiah.
Kami memohon jasa baik semua anggota untuk RSVP KEHADIRAN dan mohon
NYATAKAN BILANGAN ANGGOTA KELUARGA masing-masing di ruangan komen (untuk
tujuan penyediaan makanan).
Semoga program yang di anjurkan
ini dapat memberi impak dalam pembangunan sahsiah dan jati diri peserta
di samping mengeratkan silaturrahim sesama warga MPAC.
Sekian, terima kasih.
http://www.ccc.govt.nz/cityleisure/parkswalkways/popularparks/halswellquarrypark.aspx
No comments:
Post a Comment