Friday, January 18, 2008

Majlis Sambutan Orang Baru di Lincoln

Pada 18hb. January 2008, telah diadakan satu majlis yang memang telah menjadi tradisi di Lincoln untuk menyambut kedatangan keluarga student post-grad yang baru. Majlis yang diadakan secara kecil-kecilan tetapi meriah ini telah diadakan di rumah En. Halim dan Pn. Norhayati di Cresent 18b Lincoln.

Kami di Lincoln dengan berbesar hati menerima kehadiran keluarga Pn. Martini dan suaminya En. Zubir bersama anaknya.Semoga kehadiran beliau akan memeriahkan lagi suasana di Lincoln ini.

Ucapan terimakasih dan tahniah kepada warga Lincoln kerana berjaya menjadikan majlis ini sempurna seadanya.

Sekian.

Abang Halim jadi Host pada kali ini..senyum bang..jangan tak senyum

Kak Yati kita baru sempat makan..sibuk layan tetamu yang baru sampai dan yang lama sampai.

Antara tetamu terhormat yang hadir pada majlis ini.

Orang baru tu yang pakai tudung merah..penat beb, baru sampai.

1 comment:

Anonymous said...

kuning yer tuan umoh....idup halim...