Wednesday, January 30, 2013

Siri 10 [Edisi 2013]: Telekomunikasi & Informasi



Telekomunikasi & Informasi
Setibanya di New Zealand, antara perkara yang terpenting untuk dilakukan adalah menghubungi saudara mara yang terdekat di Malaysia. Oleh kerana itu, pentingnya untuk anda mengetahui informasi mengenai telekomunikasi di New Zealand. Informasi-informasi seperti harga telefon bimbit, pelan telefon bimbit dan sebagainya mungkin berguna untuk anda ketahui sebelum datang ke sini. Apabila berpindah masuk ke rumah baru pula, kehidupan tanpa internet (antara jaring) bakal membatasi hidup anda kerana ketiadaan internet (antara jaring) pada masa kini menyebabkan banyak urusan terbantut diantaranya urusan perbankan online, pendaftaran universiti dan sebagainya. Dengan ini, dengan sukacitanya pihak MPAC akan cuba membantu memberitahu informasi-informasi yang penting ini kepada anda.

Telefon bimbit/selular dan alat elektronik lain
Pada hemat kami, harga telefon bimbit di New Zealand dan di Malaysia tidak banyak bezanya sebagai contoh Samsung Galaxy SIII 16GB di Malaysia dari laman sesawang ipmart.com.my (diakses pada 29/1/2013) berharga RM 1585.00 manakala harga Samsung Galaxy SIII 16GB di New Zealand dari laman sesawang top-10.co.nz (diakses pada 29/1/2013) adalah berharga NZD 689.00 (~RM 1772.00). Kelebihan pembelian di sini adalah anda akan mendapat jaminan (warranty) yang berpusat di NZ. Untuk contoh lain anda semua boleh layari sendiri di laman-laman web berikut:
Anda juga mempunyai pilihan untuk membeli telefon bimbit terpakai di NZ menerusi laman sesawang trademe.co.nz iaitu laman sesawang berunsur pembidaan seperti lelong.com.my / ebay.com.my di Malaysia. Jika nasib anda baik, anda boleh memiliki telefon bimbit terpakai dengan harga yang berpatutan dengan kualiti yang tinggi.


Komputer papan (tablet) juga mempunyai perbezaan harga yang tidak ketara di Malaysia dan juga di NZ. Anda boleh juga lawati laman sesawang yang sama diatas untuk maklumat lanjut mengenai perbezaan harga.

Komputer riba
Harga komputer riba boleh dikatakan lebih murah di Malaysia jika anda membeli di pusat-pusat penjualan komputer pukal seperti di Low Yat Plaza atau Digital Mall. Namun begitu, adakalanya jualan murah bersempena Boxing Day (Hari Mengotak) menjadikan harga komputer riba lebih murah di NZ berbanding di Malaysia (Tertakluk kepada promosi syarikat-syarikat elektronik. Tidak semua model murah pada Boxing Day).

Sebagai contoh perbezaan harga untuk MacBook Pro 13-inci 2.5 GhZ bersamaan NZD 1899.00 di NZ dan RM 3699.00 di Malaysia. Dipetik dari laman sesawang Apple.

Syarikat pembekal khidmat telekomunikasi di NZ
Ada beberapa syarikat telekomunikasi yang terkenal di NZ diantaranya Vodafone, Telecom, dan 2degrees.

Setiap syarikat diatas mempunyai kelebihan dan kekurangannya tersendiri.

Ramai pelajar Malaysia di NZ rata-ratanya menggunakan Vodafone dan 2degrees.

Vodafone mempunyai tarif yang lebih mahal namun begitu keluasan penerimaan isyaratnya menjangkau kawasan-kawasan pedalaman.

2degrees pula adalah pilihan utama pelajar pra-siswazah kerana tarif yang lebih murah, bukan setakat murah bahkan lebih dua kali lipat lebih murah dari tarif yang ditawarkan oleh Vodafone. Adakalanya promosi seperti telefon percuma diantara pengguna 2degrees adalah tarikan utamanya. 2degrees juga menawarkan SMS (Khidmat Pesanan Ringkas) yang murah ke Malaysia iaitu dengan serendah 9 sen setiap masa. Manakala Vodafone mengenakan caj 30 sen untuk setiap SMS ke Malaysia. Namun begitu, kekurangan 2degrees adalah tidak mendapat isyarat telekomunikasi di kawasan-kawasan pedalaman.

Adalah sangat memadai untuk mengambil pakej pra-bayar berbanding pakej pasca-bayar di NZ kerana rata-ratanya pakej pra-bayar yang ditawarkan oleh 2degrees sebagai contoh sudah memadai kerana pakej pra-bayar di NZ tidak mewajibkan penggunanya untuk tambah nilai setiap 30 hari. Kredit di dalam pakej pra-bayar bertahan sehingga setahun.

Mengenai pembekalan khidmat internet mudahalih atau 3G di NZ. Berbanding dengan harga pakej yang ditawarkan di Malaysia, kemudahan internet mudahalih di NZ adalah sangat mahal. Sebagai contoh penggunaan data sebanyak 12 GB dikenakan caj sebanyak NZD 99.00. Jangan khuatir, di NZ, kemudahan wifi (internet tanpa wayar) berada di mana-mana termasuk di universiti.

Hubungan ke Malaysia
Rata-ratanya, kebanyakan pelajar Malaysia di NZ ini menghubungi Malaysia melalui pelantar Skype. Ini adalah kerana pada kebiasaannya setiap rumah di NZ memiliki kemudahan internet jalur lebar tersendiri lantas memudahkan perhubungan di Malaysia.

Bagi yang tidak dapat menggunakan pelantar Skype, untuk menghubungi Malaysia anda boleh membeli kad-kad telefon seperti Superbuzz Asia dan Yabba yang menawarkan tariff yang murah serendah 1.86 sen seminit ke Malaysia (mengikut tariff tertentu). Anda juga boleh membeli kredit Skype untuk menelefon terus ke Malaysia dan harga yang ditawarkan oleh Skype juga kompetetif.

Perkhidmatan internet jalur lebar (broadband internet)
Adalah hampir menjadi kewajipan untuk setiap rumah di NZ memiliki sambungan talian telefon berserta kemudahan internet tersendiri.

Di NZ anda mempunyai pilihan sama ada untuk melanggan terlebih dahulu talian rumah (homeline) sebelum melanggan internet jalur lebar ataupun boleh terus sahaja melanggan internet jalur lebar tanpa talian rumah (naked broadband). Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Ini termasuk kos harga yang berbeza dikenakan melalui pilihan-pilihan ini.

Namun begitu, banyak syarikat pembekal internet jalur lebar masakini yang mempunyai pakej-pakej kompetitif untuk ditawarkan kepada pengguna.

Di NZ, pada kebiasaannya pakej-pakej internet ini ditawarkan dengan kuota-kuota penggunaan internet yang tertentu. Sebagai contoh: Pakej internet bulanan 40 GB. Namun begitu, ada syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan tanpa had (unlimited) tetapi dengan kos yang sedikit tinggi.

Syarikat-syarikat terkenal yang membekal perkhidmatan internet jalur lebar di Bandar Christchurch adalah Vodafone, Telstra Clear, Slingshot, Snap!, Orcon dan lain-lain. Setiap syarikat mempunyai kelebihan tersendiri dari segi kelajuan dan pakej yang ditawarkan. Yang pasti, kelajuan internet di NZ pada kebiasaannya lebih pantas dan laju dari pakej asasi Streamyx yang digunakan di Malaysia.

Sebagai perbandingan harga untuk syarikat-syarikat pembekal internet, saya cadangkan agar anda layari sendiri laman-laman sesawang berikut.

Figur 1: Penulis menggunakan Orcon Internet. Keputusan di atas menunjukkan kelajuan biasa pada hari-hari biasa. Untuk pengetahuan anda, Orcon memiliki kegagalan (down time) kurang daripada 1% menjadikan Orcon sebagai pilihan utama penulis.

Sunday, January 27, 2013

Makluman Pembayaran Yuran Keahlian Trailer dan Sewaan Peralatan Logistik MPAC Secara Online

Assalamualaikum w.b.t,
Kepada seluruh warga MPAC, berikut adalah sedikit makluman terkini dari Biro Logistik; 
 
1. Sukacita dimaklumkan bahawa beberapa perkara/transaksi berikut boleh dibayar
secara online banking berkuatkuasa pada 26 Disember 2012;
1.1 Yuran keahlian trailer (NZD30) yang dikenakan kepada semua ahli baru.
1.2 Duit sewa peralatan dari Logistik MPAC oleh ahli dan bukan ahli berdasarkan
kepada invoice yang dikeluarkan oleh AJK Logistik dengan pemantauan
transaksi oleh Bendahari.
 
 
2. Untuk memudahkan proses pembayaran diatas secara online banking, saya syorkan
semua ahli supaya dapat kemaskini butiran akaun MPAC dalam akaun bank masing-masing seperti berikut;
Nama Akaun : Canterbury Lincoln M
No Akaun : 123153-0098487-00
Nama bank : ASB
 
 
 
3. Walau bagaimanapun, duit sewa trailer oleh ahli (NZD 2) dan bukan ahli (NZD 10) hendaklah dibayar secara tunai kepada AJK Logistik berdasarkan buku log penggunaan trailer. Ini adalah kerana rekod penggunaan trailer masih lagi dibuat secara manual dengan pemantauan AJK Logistik. Hasil kutipan sewa trailer akan dimasukkan ke akaun MPAC secara online oleh AJK Logistik dengan pemantauan transaksi oleh Bendahari setiap 3 bulan. (Quarterly: Mac, Jun, Sept, Dec).
 
 
4. Diharapkan agar kaedah pembayaran yuran keahlian trailer dan sewaan logistik secara
online ini akan memudahkan ahli / penyewa membuat pembayaran terus ke akaun MPAC.
Segala kerjasama amat dihargai.
 
 
Sekian, terima kasih.
 
 
 
Hisham

Mesyuarat Agung Tahunan MPAC 2013


Tanggal 26 Januari 2013, mesyuarat agung tahunan (AGM) berlangung dengan penuh kemeriahan di Farmers Youth Club, Lincoln University. Antara agenda utama mesyuarat adalah seperti berikut:

1. Perlantikan Pengerusi Tetap Mesyuarat

Saudara Alfadino telah dilantik untuk menerima tugas selaku Pengerusi Tetap sesi 2013, diserahkan oleh Saudara Abdullah Mohd Nawi yang menyandangnya untuk sesi sebelum ini. Tahniah kepada Saudara Alfadino, dan terima kasih Saudara Abdullah!


2. Perbincangan dan penerimaan Minit Mesyuarat Agung Tahunan lepas

Minit mesyuarat dibentang oleh Setiausaha MPAC, Saudara Izani dan diluluskan sebulat suara oleh ahli. 


3. Pembentangan dan penerimaan Laporan Aktiviti Tahunan oleh Jawatankuasa MPAC 2012.

Saudara Azlan selaku Presiden MPAC membentangkan laporan aktiviti dan kewangan sepanjang setahun. Antara aktiviti penting yang telah dijalankan termasuklah bebrapa perlawanan bolasepak persahabatan, sukaneka, sambutan beberapa jemputan kehormat yang mengunjungi Christchurch, majlis perkongsian ilmu, lawatan sambil belajar dan berbagai-bagai lagi. Tahun 2012 adalah sungguh meriah bagi warga MPAC, tahniah kepada seluruh jawatankuasa penganjur!

4. Pembentangan dan penerimaan Laporan Kewangan Tahunan oleh Jawatankuasa MPAC 2012.

Saudara Azlan meneruskan pembentangan kewangan dan diluluskan dengan sebulat suara. Secara kesimpulan, kewangan MPAC di bawah kepimpinan Saudara Azlan mempunyai rekod dan baki yang sihat dan kemas, tahniah sekali lagi!

5. Usul/cadangan pindaan butiran perlembagaan MPAC

Beberapa usul dibuat oleh ahli untuk penambahbaikan MPAC di masa hadapan. Antara yang utama adalah pindaan perlembagaan dalam perkara percalonan dan pemilihan. MPAC membuktikan ia adalah sebuah organisasi yang matang dan teratur, sesuai dengan statusnya selalu persatuan pelajar pasca siswazah!

6. Pembubaran Jawatankuasa MPAC 2012

Sekalung tahniah kepada 10 orang warga jawatankuasa MPAC bagi sesi 2012 di atas segala khidmat yang diberikan. Mereka yang cemerlang ini adalah:

NOR AZLAN OTHMAN (Presiden)
MOHAMMAD KAMIL SUED (TimbalanPresiden 1)
AHMAD AMRYL ABD MALEK  (TimbalanPresiden 2)
MOHD IZANI OTHMAN (Setiausaha)
NUR AINNA RAMLI (Bendahari)
HAMIZI HASSIM (Biro Sukan)
ALFADINO AKBAR ALI AKBAR (Biro Pendidikan)
NOR HASANIN AHMAD (Biro Agama)
AZURAHISHAM SAH PRI (Biro Logistik)
FERUS SYAH KAMARUDDIN (Biro Informasi)


7. Perlantikan Jawatankuasa MPAC 2013

Proses pencalonan, pengundian dan pengumuman dijalankan dengan penuh jaya oleh Pengerusi Tetap Mesyuarat. Nama rasmi akan diumunkan nanti, tetapi keputusan bergambar dilampirkan di bawah.

8. Jamuan makan tengah hari.

Nasi Afghan!! (dua patah perkataan ini cukup untuk menggambarkan segala-galanya)

9. Perlawanan bolasepak dan tennis

Program berakhir dengan perlawanan bolasepak di antara pasukan Merah dan Biru oleh kaum bapa, dan tennis oleh kaum ibu. Masing-masing tanpa segan silu mempertontonkan segala kemahiran dan skill yang bersisa,  terbukti bahawa usia dan saiz badan bukan faktor penghalang!

Ketibaan Pengerusi Tetap Mesyuarat 2012, Saudara Abdullah (berbaju putih); sebelum menyerahkan mesyuarat kepada Saudara Alfadino (berbaju merah).

Mesyuarat sedang berjalan! 


Perbincangan, usul dan hujah dibentangkan!

Ucapan sulong Presiden MPAC 2013, Saudara Saiful.

Selesai menyerahkan majlis, bertukar menjadi jurugambar professional!!

Mantan jawatankuasa MPAC 2012, jelas kelegaan di wajah mereka!

Wajah-wajah ceria kekenyangan.

Puteri-puteri MPAC.

Bukti ahli MPAC yang hidup gembira di bumi New Zealand!

Semua berpeluh!

Ronaldo!!
Terima kasih, Jawatankuasa MPAC 2012!! (Credit to Saudara Abdullah Mohd Nawi)

Selamat menjalankan tugas, Jawatankuasa MPAC 2013!! (Credit to Saudara Mohd Haneff)


Keputusan pemilihan MPAC 2013.