Telekomunikasi & Informasi
Setibanya di New Zealand, antara perkara yang
terpenting untuk dilakukan adalah menghubungi saudara mara yang terdekat di
Malaysia. Oleh kerana itu, pentingnya untuk anda mengetahui informasi mengenai
telekomunikasi di New Zealand. Informasi-informasi seperti harga telefon
bimbit, pelan telefon bimbit dan sebagainya mungkin berguna untuk anda ketahui
sebelum datang ke sini. Apabila berpindah masuk ke rumah baru pula, kehidupan
tanpa internet (antara jaring) bakal membatasi hidup anda kerana ketiadaan
internet (antara jaring) pada masa kini menyebabkan banyak urusan terbantut
diantaranya urusan perbankan online, pendaftaran universiti dan sebagainya.
Dengan ini, dengan sukacitanya pihak MPAC akan cuba membantu memberitahu
informasi-informasi yang penting ini kepada anda.
Telefon bimbit/selular dan alat elektronik lain
Telefon bimbit/selular dan alat elektronik lain
Pada hemat kami, harga telefon
bimbit di New Zealand dan di Malaysia tidak banyak bezanya sebagai contoh
Samsung Galaxy SIII 16GB di Malaysia dari laman sesawang ipmart.com.my (diakses
pada 29/1/2013) berharga RM 1585.00 manakala harga Samsung Galaxy SIII 16GB di
New Zealand dari laman sesawang top-10.co.nz (diakses pada 29/1/2013) adalah berharga NZD 689.00 (~RM 1772.00). Kelebihan
pembelian di sini adalah anda akan mendapat jaminan (warranty) yang berpusat di
NZ. Untuk contoh lain anda semua boleh layari sendiri di laman-laman web
berikut:
- http://top-10.co.nz
- http://www.noelleeming.co.nz/shop/
- http://www.parallelimported.co.nz/
- Harvey Norman NZ, Dick Smith NZ dan banyak lagi syarikat-syarikat elektronik terkemuka di NZ yang menawarkan harga berpatutan di NZ.
Komputer papan (tablet) juga
mempunyai perbezaan harga yang tidak ketara di Malaysia dan juga di NZ. Anda
boleh juga lawati laman sesawang yang sama diatas untuk maklumat lanjut
mengenai perbezaan harga.
Komputer riba
Harga komputer riba boleh dikatakan
lebih murah di Malaysia jika anda membeli di pusat-pusat penjualan komputer
pukal seperti di Low Yat Plaza atau Digital Mall. Namun begitu, adakalanya
jualan murah bersempena Boxing Day (Hari Mengotak) menjadikan harga komputer
riba lebih murah di NZ berbanding di Malaysia (Tertakluk kepada promosi
syarikat-syarikat elektronik. Tidak semua model murah pada Boxing Day).
Sebagai contoh perbezaan harga untuk
MacBook Pro 13-inci 2.5 GhZ bersamaan NZD 1899.00 di NZ dan RM 3699.00 di
Malaysia. Dipetik dari laman sesawang Apple.
Syarikat pembekal khidmat
telekomunikasi di NZ
Ada beberapa syarikat telekomunikasi
yang terkenal di NZ diantaranya Vodafone, Telecom, dan 2degrees.
Setiap syarikat diatas mempunyai
kelebihan dan kekurangannya tersendiri.
Ramai pelajar Malaysia di NZ
rata-ratanya menggunakan Vodafone dan 2degrees.
Vodafone mempunyai tarif yang lebih
mahal namun begitu keluasan penerimaan isyaratnya menjangkau kawasan-kawasan
pedalaman.
2degrees pula adalah pilihan utama
pelajar pra-siswazah kerana tarif yang lebih murah, bukan setakat murah bahkan
lebih dua kali lipat lebih murah dari tarif yang ditawarkan oleh Vodafone.
Adakalanya promosi seperti telefon percuma diantara pengguna 2degrees adalah
tarikan utamanya. 2degrees juga menawarkan SMS (Khidmat Pesanan Ringkas) yang
murah ke Malaysia iaitu dengan serendah 9 sen setiap masa. Manakala Vodafone
mengenakan caj 30 sen untuk setiap SMS ke Malaysia. Namun begitu, kekurangan
2degrees adalah tidak mendapat isyarat telekomunikasi di kawasan-kawasan
pedalaman.
Adalah sangat memadai untuk
mengambil pakej pra-bayar berbanding pakej pasca-bayar di NZ kerana
rata-ratanya pakej pra-bayar yang ditawarkan oleh 2degrees sebagai contoh sudah
memadai kerana pakej pra-bayar di NZ tidak mewajibkan penggunanya untuk tambah
nilai setiap 30 hari. Kredit di dalam pakej pra-bayar bertahan sehingga
setahun.
Mengenai pembekalan khidmat internet
mudahalih atau 3G di NZ. Berbanding dengan harga pakej yang ditawarkan di
Malaysia, kemudahan internet mudahalih di NZ adalah sangat mahal. Sebagai
contoh penggunaan data sebanyak 12 GB dikenakan caj sebanyak NZD 99.00. Jangan
khuatir, di NZ, kemudahan wifi (internet tanpa wayar) berada di mana-mana
termasuk di universiti.
Hubungan ke Malaysia
Rata-ratanya, kebanyakan pelajar
Malaysia di NZ ini menghubungi Malaysia melalui pelantar Skype. Ini adalah
kerana pada kebiasaannya setiap rumah di NZ memiliki kemudahan internet jalur
lebar tersendiri lantas memudahkan perhubungan di Malaysia.
Bagi yang tidak dapat menggunakan
pelantar Skype, untuk menghubungi Malaysia anda boleh membeli kad-kad telefon
seperti Superbuzz Asia dan Yabba yang menawarkan tariff yang murah serendah
1.86 sen seminit ke Malaysia (mengikut tariff tertentu). Anda juga boleh
membeli kredit Skype untuk menelefon terus ke Malaysia dan harga yang
ditawarkan oleh Skype juga kompetetif.
Perkhidmatan internet jalur lebar
(broadband internet)
Adalah hampir menjadi kewajipan
untuk setiap rumah di NZ memiliki sambungan talian telefon berserta kemudahan
internet tersendiri.
Di NZ anda mempunyai pilihan sama
ada untuk melanggan terlebih dahulu talian rumah (homeline) sebelum melanggan
internet jalur lebar ataupun boleh terus sahaja melanggan internet jalur lebar
tanpa talian rumah (naked broadband). Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan
kekurangan tersendiri. Ini termasuk kos harga yang berbeza dikenakan melalui
pilihan-pilihan ini.
Namun begitu, banyak syarikat
pembekal internet jalur lebar masakini yang mempunyai pakej-pakej kompetitif
untuk ditawarkan kepada pengguna.
Di NZ, pada kebiasaannya pakej-pakej
internet ini ditawarkan dengan kuota-kuota penggunaan internet yang tertentu.
Sebagai contoh: Pakej internet bulanan 40 GB. Namun begitu, ada
syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan tanpa had (unlimited) tetapi
dengan kos yang sedikit tinggi.
Syarikat-syarikat terkenal yang
membekal perkhidmatan internet jalur lebar di Bandar Christchurch adalah
Vodafone, Telstra Clear, Slingshot, Snap!, Orcon dan lain-lain. Setiap syarikat
mempunyai kelebihan tersendiri dari segi kelajuan dan pakej yang ditawarkan.
Yang pasti, kelajuan internet di NZ pada kebiasaannya lebih pantas dan laju
dari pakej asasi Streamyx yang digunakan di Malaysia.
Sebagai perbandingan harga untuk
syarikat-syarikat pembekal internet, saya cadangkan agar anda layari sendiri
laman-laman sesawang berikut.
- http://www.internetchoice.co.nz
- http://www.orcon.net.nz/
- http://www.slingshot.co.nz/
- http://www.snap.net.nz/
- http://www.telstraclear.co.nz/
Figur
1: Penulis menggunakan Orcon Internet. Keputusan di atas menunjukkan
kelajuan biasa pada hari-hari biasa. Untuk pengetahuan anda, Orcon memiliki
kegagalan (down time) kurang daripada 1% menjadikan Orcon sebagai pilihan utama
penulis.
No comments:
Post a Comment