Tanggal 26 Januari 2013, mesyuarat agung tahunan (AGM) berlangung dengan penuh kemeriahan di Farmers Youth Club, Lincoln University. Antara agenda utama mesyuarat adalah seperti berikut:
1. Perlantikan Pengerusi Tetap Mesyuarat
Saudara Alfadino telah dilantik untuk menerima tugas selaku Pengerusi Tetap sesi 2013, diserahkan oleh Saudara Abdullah Mohd Nawi yang menyandangnya untuk sesi sebelum ini. Tahniah kepada Saudara Alfadino, dan terima kasih Saudara Abdullah!
2. Perbincangan dan penerimaan Minit Mesyuarat Agung Tahunan lepas
Minit mesyuarat dibentang oleh Setiausaha MPAC, Saudara Izani dan diluluskan sebulat suara oleh ahli.
3. Pembentangan dan penerimaan Laporan Aktiviti Tahunan oleh Jawatankuasa MPAC 2012.
Saudara Azlan selaku Presiden MPAC membentangkan laporan aktiviti dan kewangan sepanjang setahun. Antara aktiviti penting yang telah dijalankan termasuklah bebrapa perlawanan bolasepak persahabatan, sukaneka, sambutan beberapa jemputan kehormat yang mengunjungi Christchurch, majlis perkongsian ilmu, lawatan sambil belajar dan berbagai-bagai lagi. Tahun 2012 adalah sungguh meriah bagi warga MPAC, tahniah kepada seluruh jawatankuasa penganjur!
4. Pembentangan dan penerimaan Laporan Kewangan Tahunan oleh Jawatankuasa MPAC 2012.
4. Pembentangan dan penerimaan Laporan Kewangan Tahunan oleh Jawatankuasa MPAC 2012.
Saudara Azlan meneruskan pembentangan kewangan dan diluluskan dengan sebulat suara. Secara kesimpulan, kewangan MPAC di bawah kepimpinan Saudara Azlan mempunyai rekod dan baki yang sihat dan kemas, tahniah sekali lagi!
5. Usul/cadangan pindaan butiran perlembagaan MPAC
5. Usul/cadangan pindaan butiran perlembagaan MPAC
Beberapa usul dibuat oleh ahli untuk penambahbaikan MPAC di masa hadapan. Antara yang utama adalah pindaan perlembagaan dalam perkara percalonan dan pemilihan. MPAC membuktikan ia adalah sebuah organisasi yang matang dan teratur, sesuai dengan statusnya selalu persatuan pelajar pasca siswazah!
6. Pembubaran Jawatankuasa MPAC 2012
6. Pembubaran Jawatankuasa MPAC 2012
Sekalung tahniah kepada 10 orang warga jawatankuasa MPAC bagi sesi 2012 di atas segala khidmat yang diberikan. Mereka yang cemerlang ini adalah:
NOR AZLAN OTHMAN (Presiden)
MOHAMMAD KAMIL SUED (TimbalanPresiden 1)
AHMAD AMRYL ABD MALEK (TimbalanPresiden 2)
MOHD IZANI OTHMAN (Setiausaha)
NUR AINNA RAMLI (Bendahari)
HAMIZI HASSIM (Biro Sukan)
ALFADINO AKBAR ALI AKBAR (Biro Pendidikan)
NOR HASANIN AHMAD (Biro Agama)
AZURAHISHAM SAH PRI (Biro Logistik)
FERUS SYAH KAMARUDDIN (Biro Informasi)
7. Perlantikan Jawatankuasa MPAC 2013
Proses pencalonan, pengundian dan pengumuman dijalankan dengan penuh jaya oleh Pengerusi Tetap Mesyuarat. Nama rasmi akan diumunkan nanti, tetapi keputusan bergambar dilampirkan di bawah.
8. Jamuan makan tengah hari.
Nasi Afghan!! (dua patah perkataan ini cukup untuk menggambarkan segala-galanya)
9. Perlawanan bolasepak dan tennis
Program berakhir dengan perlawanan bolasepak di antara pasukan Merah dan Biru oleh kaum bapa, dan tennis oleh kaum ibu. Masing-masing tanpa segan silu mempertontonkan segala kemahiran dan skill yang bersisa, terbukti bahawa usia dan saiz badan bukan faktor penghalang!
Ketibaan Pengerusi Tetap Mesyuarat 2012, Saudara Abdullah (berbaju putih); sebelum menyerahkan mesyuarat kepada Saudara Alfadino (berbaju merah). |
Perbincangan, usul dan hujah dibentangkan! |
Ucapan sulong Presiden MPAC 2013, Saudara Saiful. |
Selesai menyerahkan majlis, bertukar menjadi jurugambar professional!! |
Mantan jawatankuasa MPAC 2012, jelas kelegaan di wajah mereka! |
Wajah-wajah ceria kekenyangan. |
Puteri-puteri MPAC. |
Bukti ahli MPAC yang hidup gembira di bumi New Zealand! |
Semua berpeluh! |
Ronaldo!! |
![]() |
Terima kasih, Jawatankuasa MPAC 2012!! (Credit to Saudara Abdullah Mohd Nawi) |
![]() |
Selamat menjalankan tugas, Jawatankuasa MPAC 2013!! (Credit to Saudara Mohd Haneff) |
Keputusan pemilihan MPAC 2013. |
No comments:
Post a Comment