Sunday, February 24, 2013

Piala Sumbangsih Harimau NZ vs Ace da Soccer team


Piala Sumbangsih Harimau NZ vs Ace da Soccer team
16 Feb 2013 - Avonhead Park, Christchurch

Alhamdullillah, perlawanan sulung tahun 2013 berjalan dengan lancar … Pasukan kita nyaris merasai kemenangan yg pertama ... Secara keseluruhan, pasukan MPAC dibantu oleh adik2 undergrades sedikit sebyk mampu mengucar kacirkan pertahanan pihak lawan yg tiba2 agak gugup apabila pasukan kita mampu menyamakan kedudukan pada separuh masa pertama ... Dibantu oleh sorakan rakan2 yg sudi hadir memeriahkan suasana, para pemain MPAC bertungkus lumus cuba utk merobek gawang pihak lawan ... Namun, takdir menentukan segalanya, keputusan "seri" diterima dgn hati terbuka :) 

Terima kasih kpd semua yg hadir ... 



faktor susuk tubuh badan menjadi kayu pengukur antara pasukan MPAC dan pihak lawan 


tendangan padu maut dr pertahanan kental, madi 

hantaran cantik dr madi sambil dipuji oleh pihak lawan 

strategi sedang disusun bg merobek gawang pihak lawan

penyokong setia pasukan MPAC, ferus syah 

Sunday, February 3, 2013

Carta Organisasi MPAC 2013

Carta Organisasi MPAC 2013
Disediakan oleh: Muhammad Fazly Abdul Fatah, Setiausaha.

Majulah Biro Sukan untuk MPAC!

Hari ini mencatat sejarah aktiviti pertama dari puluhan aktiviti yang dirancangkan oleh Biro Sukan MPAC yang diketuai oleh Saudara Azlan dan dibantu oleh Saudara Hamizi dan Saudara Suhaimi. Sebagai bekas pemain pertahanan kental pasukan bola sepak UITM Pulau Pinang, Saudara Azlan (yang memakai jersi Pulau Pinang) melancarkan perlawanan latihan di kalangan ahli MPAC.

Sesuai dengan pepatah 'mengikut resmi padi, makin berisi makin tunduk', rata-rata pemain bermain dengan penuh tunduk kerana penuh berisi di badan. Walau apapun, latihan sebegini bakal menjadi rutin ahli MPAC kerana 'akal yang cerdas adalah di dalam badan yang sihat'.

Kerana tiada pengadil ataupun papan jaringan gol, keputusan akhir disepakati sebagai seri 5-5 dan pemenang diputuskan oleh gol terakhir. Gambar terakhir di bawah adalah rakaman detik-detik gol terakhir yang dijaringkan oleh pasukan penulis, selepas pemain pasukan lawan berhenti bermain kerana menyangka perlawanan  telah tamat kerana menjaringkan gol beberapa detik sebelum itu. Jadi, pada pendapat penulis, keputusan akhir yang tepat adalah 6-6 (seri). Tahniah kepada semua pemain!


Bergambar sebelum sepak mula.

"Dari kejar bola, baik kejar kamera"


Perlawanan baru bermula, tandanya adalah semua masih berlari-lari.

Bola sepak statik; tak perlu kejar, tak perlu berlari.

Mengatur serangan balas.

Gol terakhir yang hanya mampu diperhatikan oleh pertahanan pasukan Penang.

Mesyuarat Pertama JK MPAC 2013


Seminggu berlalu AGM, kini sepuluh orang yang mendapat kepercayaan ahli-ahli untuk memimpin persatuan mengadakan mesyuarat pertama di rumah presidennya, Saudara Saiful. Antara agenda meyuarat adalah sesi  ta'aruf dan suai kenal, yang dipimpin oleh Saudara Saiful menggunakan Modul Belbin. Semua ahli berasa beruntung diberikan penerangan dan pendedahan berkenaan 'Self Perception Profile' yang bertujuan untuk membentuk sebuah pasukan yang bersinergi dan mantap.

Selain itu, mesyurat membuat beberapa keputusan penting berkenaan matlamat, hala tuju dan aktiviti yang dirancangkan untuk tahun 2013. Secara umum,  setiap ahli jawatankuasa MPAC kali ini kelihatan begitu komited dan bersatu hati untuk menunaikan tanggungjawab secara bersama-sama. Ibarat kata pepatah, 'yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing'.

Akhir sekali, mesyuarat ditamatkan dengan jamuan makan tengah hari yang disediakan oleh Saudara Saiful dan isteri yang sunggah lazat. Terima kasih daun keladi!

Perbincangan hangat, sehangat suhu musim panas di luar rumah!

Sepakat membawa berkat.


Puan Nora Yusni tekun membentangkan idea dan perancangan biro beliau.

Gotong-royong menyiapkan kertas kerja cadangan kepada EMNZ.


Anak-anak juga sibuk bermain!