Hari ini mencatat sejarah aktiviti pertama dari puluhan aktiviti yang dirancangkan oleh Biro Sukan MPAC yang diketuai oleh Saudara Azlan dan dibantu oleh Saudara Hamizi dan Saudara Suhaimi. Sebagai bekas pemain pertahanan kental pasukan bola sepak UITM Pulau Pinang, Saudara Azlan (yang memakai jersi Pulau Pinang) melancarkan perlawanan latihan di kalangan ahli MPAC.
Sesuai dengan pepatah 'mengikut resmi padi, makin berisi makin tunduk', rata-rata pemain bermain dengan penuh tunduk kerana penuh berisi di badan. Walau apapun, latihan sebegini bakal menjadi rutin ahli MPAC kerana 'akal yang cerdas adalah di dalam badan yang sihat'.
Kerana tiada pengadil ataupun papan jaringan gol, keputusan akhir disepakati sebagai seri 5-5 dan pemenang diputuskan oleh gol terakhir. Gambar terakhir di bawah adalah rakaman detik-detik gol terakhir yang dijaringkan oleh pasukan penulis, selepas pemain pasukan lawan berhenti bermain kerana menyangka perlawanan telah tamat kerana menjaringkan gol beberapa detik sebelum itu. Jadi, pada pendapat penulis, keputusan akhir yang tepat adalah 6-6 (seri). Tahniah kepada semua pemain!
 |
Bergambar sebelum sepak mula. |
 |
"Dari kejar bola, baik kejar kamera" |
 |
Perlawanan baru bermula, tandanya adalah semua masih berlari-lari. |
 |
Bola sepak statik; tak perlu kejar, tak perlu berlari. |
 |
Mengatur serangan balas. |
 |
Gol terakhir yang hanya mampu diperhatikan oleh pertahanan pasukan Penang. |
No comments:
Post a Comment