Seminggu berlalu AGM, kini sepuluh orang yang mendapat kepercayaan ahli-ahli untuk memimpin persatuan mengadakan mesyuarat pertama di rumah presidennya, Saudara Saiful. Antara agenda meyuarat adalah sesi ta'aruf dan suai kenal, yang dipimpin oleh Saudara Saiful menggunakan Modul Belbin. Semua ahli berasa beruntung diberikan penerangan dan pendedahan berkenaan 'Self Perception Profile' yang bertujuan untuk membentuk sebuah pasukan yang bersinergi dan mantap.
Selain itu, mesyurat membuat beberapa keputusan penting berkenaan matlamat, hala tuju dan aktiviti yang dirancangkan untuk tahun 2013. Secara umum, setiap ahli jawatankuasa MPAC kali ini kelihatan begitu komited dan bersatu hati untuk menunaikan tanggungjawab secara bersama-sama. Ibarat kata pepatah, 'yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing'.
Akhir sekali, mesyuarat ditamatkan dengan jamuan makan tengah hari yang disediakan oleh Saudara Saiful dan isteri yang sunggah lazat. Terima kasih daun keladi!
 |
Perbincangan hangat, sehangat suhu musim panas di luar rumah! |
 |
Sepakat membawa berkat. |
 |
Puan Nora Yusni tekun membentangkan idea dan perancangan biro beliau. |
 |
Gotong-royong menyiapkan kertas kerja cadangan kepada EMNZ.
 |
Anak-anak juga sibuk bermain! |
|
No comments:
Post a Comment